+Double updates this week cuz i luv yall. Bolehlah dengar lagu diatas untuk feeling² part broken. Chapter ni agak panjang, sila hayati.
Enjoys ma love❤
______Chapter Twenty Nine : You don't deserve me
Seulmi menahan dirinya dari menangis. Dia tak sangka, benda macam ni terjadi pada dirinya sendiri.
Betapa bodohnya dia tertipu dengan lakonan makcik itu.
Mana tidaknya, sebaik saja tersedar dia sudah tidak berbaju. Sudah lah penghawa dingin dipasang tahap paling sejuk. Tubuhnya tidak berselimut langsung.
Syukur kesuciannya masih selamat. Seulmi tahu sebab tiada sebarang darah atau rasa sakit pada bahagian alat sulitnya.
Cuma badannya berlebam. Satu badan, kecuali muka dan tapak tangan.
Seulmi sarungkan pakaian dan mencari satu-satunya kucing kesayangan dia. Seo. Dia perlukan teman untuk meluah, dan Seo salah satu teman yang dia ada.
Tiba saja didapur, Seulmi terus menekup mulut. Air mata yang ditahan kini meluncur laju.
"Seo!!". Seulmi mengangkat bangkai kucing yang sudah tidak bernyawa itu.
Badan Seo banyak kesan torehan dan paling menyayat hati, kedua mata kucing itu hilang seperti dicungkil.
"Andwae Seo-ah..". Seulmi menangis sekuat hati.
"Maafkan Seul, maafkan Seul. Ni semua salah Seul! Kalau Seul tak ajak perempuan tu masuk mesti Seo tak jadi macam ni. Seo bangun Seo!"
Apa yang dia mampu buat hanyalah meratapi kematian kucing kesayangannya itu.
Dia harap semua itu hanyalah mimpi.
Malang sekali.. hakikatnya adalah realiti. Kucing itu sudah tiada.
***
Seulmi melangkah longlai masuk ke dalam kawasan sekolah. Semua orang memberi dia pandangan menjijikkan.
Kalau biasa Seulmi pergi sekolah tanpa blazer, kali ini dia pakai untuk tutup kesan lebam pada lengannya.
Stokin panjang dipakai untuk menutup keseluruhan kaki. Rambutnya yang dulu selalu diikat kini dilepaskan.
"Dia pakai macam tu sebab nak tutup aib dia. Malangnya tak boleh haha"
"Aku memang dah agak dari dulu dia memang macam tu. Murah"
"Bila dengar yang Jungkook dengan Iseul dah official aku jadi lega. At least Jungkook tak pandang perempuan macam dia"
Langkah Seulmi mati.
Jungkook.. dah official dengan Iseul?
Dia salah dengar ke?
"Yah! Pelacur!"
Seulmi menoleh. Hanya disambut dengan orang yang membaling batu jalan ke kepalanya.
"Ah!". Seulmi memegang kepalanya yang sakit.
"Korang kenapa cari pasal dengan aku?!". Tengking Seulmi kuat.
"Jadi memang betul lah kau ni pelacur hm?"
Seulmi berkerut. Memandang lelaki dihadapannya.
"Kau mengarut apa?"
Tiba-tiba saja lelaki itu menunjukkan skrin telefonnya.
"Ni gambar kau kan?"
Mata Seulmi membulat. Dia nampak. Gambar dirinya yang tidak sedarkan diri, tanpa baju. Bahagian dada dan alat sulitnya dikaburkan.
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...