[2.4]

211 36 16
                                    

Chapter Twenty Four : No one can stop me

Ssap!

"Seoul 21! Apgujeong 17!"

Kening Seulmi terangkat tak percaya. Jungkook dan Iseul berjaya kalahkan Jaehyun dan Hyuna dalam set pertama.

Kedua manusia itu menguntum senyuman gembira sebaik kembali ke tepi gelanggang.

Satu team memuji mereka. Tapi bukan Seulmi. Dia hanya duduk berteleku di kerusi sejak tadi.

Seulmi langsung tak hiraukan keterujaan team nya. Tapi mata dia semakin fokus pada Jaehyun.

Mana mungkin lelaki berpengalaman tu kalah satu set dekat budak newbie?

Pelik.

Rasa ingin tahu semakin mendalam saat dia lihat Jaehyun dan Hyuna berbincang sesuatu. Nampak serius tapi dipenghujungnya mereka memberi senyuman sinis satu sama lain.

Dah sah. Jaehyun ada rancangan yang dia tak tahu.

"Saya tak tahu lawan diorang ni sebenarnya senang je. Boleh dikatakan sengit, tak jauh beza pun dengan mata kitorang. Tapi macam tu je diorang tewas"

Seulmi mengangkat muka apabila suara Iseul menyakiti telinganya.

"Baru sekali rasa menang jangan cakap besar". Kata-katanya meraih pandangan setiap ahli kecuali Heejae Saem.

Guru itu sedang sibuk menguruskan hal, agak jauh dari tempat mereka.

"Apa maksud awak Seulmi? Awak patutnya gembira saya dan Jungkook menang set pertama"

Seulmi bangun lalu memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Wajah Iseul dipandang selamba.

"Nak kata gembira.. tak ada lah sangat. Lebih kepada tak sangka". Balas Seulmi sekali terselit perliannya disitu.

Rahang Iseul bergetar menahan marah.

"Well at least kami tak tersungkur terlalu awal macam awak"

Masing-masing terkejut dengan jawapan Iseul. Malah Jungkook juga. Gadis yang dianggap sopan dan lembut itu membalas dengan kutukan yang agak kasar.

Tapi jangan risau. Seulmi sikitpun tak terkesan. Heh, setakat budak Iseul ni apelah sangat.

"Baguslah. Good luck for the next set. Saya harap tak ada siapa yang tersungkur lagi lah lepas ni. Jangan kecewakan saya". Usai berkata, Seulmi terus beredar dari situ.

Hyunjin, Jisung, Ayoung dan Hana saling berpandangan. Masing-masing menyenggol tangan tapi langsung mengangkat bahu.

Kim Taehyung cuma memerhati Seulmi yang ke luar Arena. Mungkin nak ke tandas.

Pandangannya teralih pula pada Iseul yang sedang bercakap dengan Jungkook.

Apa masalah mereka berdua ni?

***

"Apgujeong 20! Seoul 16!"

Seperti yang dijangka. Permainan Apgujeong berubah 360° daripada set sebelum ni.

Corak permainan yang kasar seperti yang dilakukan pada Seulmi sebentar tadi.

"Huh.. huh..". Iseul membetulkan cekak rambutnya yang terleret jatuh. Mata sudah bergetar menahan kesakitan yang dirasai satu badan.

"Kau okey Iseul?". Jungkook yang masih ada stamina mampu bertahan. Tapi tidak bagi Iseul. Badannya rasa teraniaya.

"M-mestilah saya okey. Kita kena menang kan? Saya tak boleh mengalah"

[C] One Sided Love (Mission) | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now