Chapter Thirty Five : Past
"Duduklah". Arah Jungkook. Seulmi memandang Jungkook yang sudah terduduk pada buaian lagi satu.
Seulmi duduk disebelah Jungkook. Selepas itu suasana sunyi sepi.
Pelik jugak Seulmi. Dah malam-malam ni ajak duduk buaian. Macam tak boleh tunggu esok.
Masing-masing dalam dunia sendiri. Banyak yang mereka fikir. Selepas 5 minit baru lah Seulmi bersuara.
"Saya anggap awak bahagia lepas saya pergi"
Jungkook menoleh ke arah gadis itu.
"Hari terakhir kita bercakap.. awak kata kalau saya suka awak, saya akan lakukan apa saja untuk lihat awak bahagia. Jadi saya anggap awak dah bahagia dengan Iseul. Tapi kenapa awak datang sini?"
"Sebab kebahagiaan aku ada disini". Kata-kata Jungkook membuatkan Seulmi memandangnya.
"Apa awak cakap. Iseul tak ada dekat sini.."
"Kenapa kau tak bagitahu aku selama ni yang kau Iseul?"
Seulmi melarikan pandangan seraya bibir dikemam. Tahu yang Jungkook maksudkan itu adalah Iseul, dirinya yang lama.
"Aku cari Iseul. Tak tahu orang yang aku cari selama ni cuma ada depan mata aku saja. Tapi aku layan dia teruk"
"Awak pasti kalau saya mengaku yang saya adalah Iseul awak akan percaya?"
Kali ini Jungkook pula terdiam.
"Saya yakin jawapan awak tak sebab di awal pertemuan kita awak dah sematkan semua perasaan tak suka awak pada saya. Betul kan?"
"Sebab tu saya rahsiakannya sampai sekarang sebab saya tahu benda akan jadi sia-sia. Tapi itu tak bermakna saya cuma berdiam dan biarkan awak clueless. Banyak hint yang saya tunjuk tapi tak sangka awak bodoh sampai tahap ni". Tambah Seulmi dengan gelengan tak percaya.
"Aku minta maaf". Tutur Jungkook perlahan.
"Benda dah lepas. Sekarang saya dah ada kehidupan baru. Awak pun. Jadi kita patut lupakan hal yang dah berlalu dan teruskan kehidupan yang baru ni. Saya tak kisah kalau awak nak bahagia dengan Iseul pun sekarang"
Jungkook menggeleng.
"Aku tak boleh bahagia kalau tahu orang yang ada disisi aku tu bukan kau"
Seulmi tergelak kecil.
"Awak nak cakap yang awak dah suka saya ke sekarang ni?"
"Eoh. Aku suka kau"
Senyuman Seulmi menghilang.
"Awak gila ke? Terhantuk kepala kat dinding?"
"Tak.. aku serius"
"Fikir balik Jungkook. Awak cuma suka Seo Iseul. Sekarang saya adalah Seo Seulmi. Kami berbeza. Mustahil awak suka perempuan yang banyak kali sakitkan hati awak"
"I like you the way you are"
Jungkook bangun dari buaian dan menuju ke arah Seulmi yang masih terduduk.
"Dulu aku suka Seo Iseul yang lemah lembut dan penyayang. Sekarang aku dah jatuh suka pada Seo Seulmi yang menyakitkan hati pula. Dan mereka adalah orang yang sama. You make me fall for you twice"
Seulmi mendongak, melihat wajah Jungkook yang sedang tersenyum itu.
Jantung Seulmi berdegup laju.
"The hate I had towards you turns to love,". Jungkook mengusap kepala Seulmi sebelum beredar pergi.
Meninggalkan Seulmi termangu ditaman buat seketika.
YOU ARE READING
[C] One Sided Love (Mission) | Jeon Jungkook
Random"Kau kena buat misi ni" ➡ Dibenci oleh Jeon Jungkook semestinya sesuatu yang amat menyakitkan. -------- "Let me show you how hurt one sided love can be," When she loves him, but he hates her. [One Sided Love] ©sthyne2020 Status: Completed✔ Start: 18...