Part 33

58 5 0
                                    

Sejak Sara balik dari wad hari itu.Tak banyak bercakap hanya mengurungkan diri dalam bilik sepanjang hari.

Fareez yang nakal itu sentiasa mencari akal nak berborak dengan kakak sulungnya.Tapi emosi Sara kerap berubah.

Pantang salah cakap sikit Sara mula mengamuk tak tentu pasal.

***

"Macam mana ni ayah ?"

Fareez duduk di sebelah ayahnya.Zara diam menunggu jawapan dari ayah.

"Apa kata ayah kita semua pergi bercuti ?"

"Yalah abang betul apa kata Zara tu , mana tahu dapat kembalikan semangat anak kita tu balik ? Sara sekarang bukan macam Sara yang dulu.."

Roziah mengiyakan niat Zara untuk membawa Sara bercuti sambil menghidang air.Maria pula dari tadi turun naik memujuk Sara untuk keluar dari biliknya.

Mustafa mengambil kuih karipap baru sahaja dia nak menyuap ke dalam mulutnya.Sara sudah menjerit marah di atas.

Maria yang baru sahaja nak mengatur langkah menuju ke arah Mustafa itu terus berlari lagi naik ke atas.

"Sara ? Kenapa ni buka pintu sayang ?"

Maria memujuk dengan lembut.Tiada jawapan dari Sara yang kedengaran hanyalah bunyi barang-barang pecah.

"Tepi.."

Maria mengundurkan diri dari pintu itu.Mustafa membuka pintu dengan kunci yang dia pegang.

Maria meluru masuk mendapatkan Sara.Maria membawa keluar dari bilik itu.

"Sara Mikayla ? Betulkah ini anak umi ?"

Sara hanya menangis kerana semua perbuatannya tadi di luar kawalannya.Dia sendiri bingung kenapa dia sensitif akhir-akhir ini.

Sekejap dia berasa gelisah , takut , marah dan sedih.

"Umi ? Kenapa dengan along ? Kenapa ? Apa salah along ? Apa yang dah jadi ? Kenapa along rasa..."

Sara memukul-mukul kepalanya dengan tiba-tiba.Roziah menahan tangan Sara daripada berbuat begitu.

"Kalau along tak dapat nak tahan amarah , takut ataupun along tengah sedih bukan buat macam tu , kami semua ada dengan along."

Roziah mengelap air mata Sara yang mengalor di pipinya.Kemudian dia mengusap kepala anak tirinya itu.

"Ibu.."

Roziah , Maria dan Sara berpelukan.Zara yang tak tahan sebak itu dia berlari masuk ke dalam biliknya.Dia menangis semahunya di dalam bilik.

"Ya allah kembalikan along aku macam dulu."

Fareez menyentuh bahu Zara.Dia sedar akan kehilangan kakaknya sebentar tadi.Dia tahu pasti Zara malu nak menangis di hadapan mereka.

"Angah jangan nak soroklah apa-apa dekat adik , adik nampak tadi.. kita semua risau dengan along , menangis itu sudah jadi perkara biasa."

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now