😒 part 20 🥀

111 6 0
                                    

Tepat jam 12 malam.Adeed melangkah masuk ke dalam perut kapal terbang.Dia buat keputusan nak balik dan tinggalkan Tasya seorang dekat sini.

Adeed menyimpan begnya dan duduk.Dia pun memakai tali pinggang keselamatan.Kemudian dia menutup matanya.Dia nak rehat.Seharian dia melayan Tasya,dah lah perangai kebudak-budakan.

Rimas ! Geli ! Menyampah ! Benci ! Semua Adeed rasa bila dengan Tasya.Entah kenapa mama dia tunangkan dia dengan perempuan tu.

"Kita tunggu siapa yang lepaskan siapa kali ni ? Aku atau Tasya ? Aku yakin Tasya sendiri akan lepaskan tali ikatan ni ? Taufiq ?"

***

Sara masuk ke dalam pejabat.Dia terus melangkah masuk ke dalam ruangan kerjanya.

"Aipp ?"

Sara mengangkat keningnya memandang Fareez.

"Kenapa ?"

Fareez tersenyum dan memandang kakak sulungnya.Mungkin ayahnya belum memberitahu apa-apa tentang perbincangan mereka.

"Keluar dari sini aku nak buat kerja aku."

"Hello Miss Sara Mikayla Binti Dato' Mustafa ini ruangan saya bekerja anda tidak ada arahan untuk mengeluarkan saya dari sini."

"Hmmm amboi !"

"Cik silakan keluar dari sini..kalau ada apa-apa pertanyaan tolong berjumpa dengan Dato' Mustafa."

Sara mengerutkan dahinya.Fareez berdiri dan membukakan pintu dan memperlahan-lahan memimpin Sara keluar dari bilik itu.

Sara membatalkan niatnya untuk pergi berjumpa dengan ayahnya.Sara pun menapak pergi ke bilik kerja Zara.

Sara mengetuk pintu.Zara berdiri dan membuka pintu.

"Eh ? Ada apa ? Kenapa tak call sahaja...biar aku pi..."

"Kenapa kau masih bekerja ? Bukan kau tak suka kerja dalam syarikat ayah ?"

Zara mengerutkan dahinya.

"Apa maksud kau long ? Masalahnya dah ayah suruh angah kerja tetap di sini buat macam mana ? Nak lawan cakap ayah ? Gitu ?"

"Bukan maksud along begitu.. habis tu aku nak buat apa pula ? Kerja apa aku buat ?"

"Tu bincang dengan ayah bukan angah.. angah tak tahu angah cuma jalankan tugas dan tanggungjawab angah sebagai anak."

"Hmmm okay lah ayah ada tak ?"

"Entah cuba along tanya kak mila ?"

"Okaylah kalau macam tu..."

***

Sara mengeluh kecil bila dia lihat tiada orang di bahagian meja kerja.Kalau Karmila tiada di situ kemungkinan besar ayahnya ada urusan di luar pejabat.

Sara membuka pintu bilik ayahnya.Jelas tiada orang di dalamnya.

***

Sara masuk ke dalam sebuah kedai buku.Dia berhenti sekejap dari satu rak ke satu rak sambil matanya meliar mencari buku yang bagus untuk dia baca.

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now