Tasya diam dan terduduk di atas katilnya.Telefonnya berdering tadi dia tak endahkan.
Malas dia nak jawab.Tasya mengambil gambar keluarganya.
"Kenapa aku ? Kenapa aku yang kena ? Kenapa aku di lahirkan di dunia ?"
Tasya mengeluh dan meletakkan balik gambar itu di tempat asalnya.
"Tasya ! Apa dah jadi dengan kamu ni !"
"Apalagi kali ni mama ?"
"Sebelum kamu pi Paris dulu kamu bertudung kenapa kamu balik dalam keadaan...entahlah mama pun tak tahu nak cakap apa dengan Tasya mama kecewa !"
Alia meninggalkan Tasya berseorangan dalam bilik.
***
Alia mengeluh berat.Dua memecit kepalanya sakit.
Dia mendapat tahu daripada rakannya bahawa Tasya dah sampai Malaysia seminggu yang lalu.
Tetapi baru semalam dia sampai di rumah.Jam berapa dia masuk dalam rumah dia tak tahu.
Apa yang buat dia terkejut Tasya dah berani warnakan rambutnya.
Alia mengetapkan bibirnya.Dia nak marah lebih-lebih pun susah.Lagipun Tasya bukan anak kandung.
Beberapa tahun lalu dia mengambil Tasya di rumah anak yatim.
Dia yang menjaga Tasya dari umurnya 13 tahun.
***
"Ma ! Tasya keluar kejap yeahhh"
Alia berdiri lalu mengejar Tasya.
"Kamu nak kemana lagi malam-malam macam ni ?"
"Jumpa kawan"
Alia mengetap bibirnya sekali lagi dia tak dapat nak halang Tasya daripada keluar rumah.
***
"Angah lama lagi tak ? Aduh cepatlah dah lapar ni"
"Makan nak ? Bila angah minta tolong dekat dapur kau buat apa ? Layan game ! Baik kau makan game kau ja dik !"
Fareez hanya menjuihkan bibirnya ke depan.Sara pula hanya mengetap bibirnya menahan dari tertawa.Kalau pecah tawa Sara alamatnya ada lagi yang minta di bebel oleh Zara.
"Selesai makan tolong kemas semua ni dan tolong basuh pinggan kotor semua ni yeahhh dik"
"Baik ngah ! Don't worry..."
Oleh kerana Fareez tak nak bergaduh dengan Zara dia terpaksa akur.Sara pula hanya tersenyum melihat gelagat Fareez dan Zara yang tak ubah macam kucing dan anjing.
"Along ? Umi bila balik ? Adik rindulah..."
"Rindu umi atau rindu masakan umi ?"
"Hisk ! Kau ni ngah orang rindu umi lah !"
"Alaaa cakap je lah masakan aku tak sedap macam masakan umi !"
"Ya memang masakan kau tak sedap ngah !"
"Ellehhh ! Tak sedap tapi licin pinggan kau nampak !"
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
Random[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.