Part 30

76 6 0
                                    

"Apa abang sikit pun tak bagi kita harta dia ?"

Aqasha menganguk kepalanya.

"Tapi aku ada idea macam mana nak buat budak tiada identiti itu lesap dari dunia.."

"Aishh mana boleh buat macam tu bang.. biarpun aku tak suka dia tapi dia dah macam sebahagian dalam family kita lagipun dia membesar sama-sama dengan anak-anak abangkan"

"Habis tu ? Kau nak aku buat macam mana ?"

"Kalau nak satu benda tu mintalah bagus-bagus"

Aqasha tersenyum sinis memandang adik bongsunya.

Mana mungkin budak tu nak bagi macam tu saja.Aku kenal sangat spesies macam tu.Kaki kikis harta orang.

***

Tasya memegang batu nisan ibunya.Tanah masih lagi merah masih baru.Entah kenapa dia rasa rindu yang amat kepada dua insan yang banyak berjasa.Dia tak tahu macam mana nak balas semua itu.

"Sya jom balik..."

"Tu bukan rumah Sya lagi..selama ni Sya cuma menumpang kasih sayang..Acik esok kita balik kampung..Sya nak balik rumah Sya sendiri"

Tasya menyeka airmatanya.Tasya berdiri di bantu oleh Kamal.Tasya perlahan-lahan melangkah tapi langkahnya terhalang apabila Adeed memegang tangannya.

"Kau yakin nak balik kampung ? Urusan kau dekat sini pun belum selesai."

"Urusan ? Urusan apa deed ?"

"Tunggu keputusan keluar mungkin dalam minggu lepas tu kau yang pilih nak stay atau pergi dari sini."

Tasya mengeluh dia mengetapkan bibirnya.Dia malas nak balik ke rumah arwah mama dan papa.Dia tahu pasti adik-beradik arwah papa sedang menunggunya.

Dia takut akan di hina lagi oleh pakcik Aqasha.Adik kepada arwah papa.Sejak dia di ambil menjadi anak angkat di rumah itu,pakcik Aqasha tidak pernah melayan dia dengan baik.

Masih lagi dia ingat waktu itu arwah mama dan papa pergi ke luar negara atas urusan kerja.Mereka tinggalkan aku di rumah pakcik Aqasha.Pakcik Arash adik bongsu papa masih lagi sambung belajar malah sampai sekarang dia masih belum berjumpa dengannya lagi.

Pakcik Aqasha sanggup tinggalkan aku dalam stor di luar rumahnya.Kadang dia bagi makan kadang langsung dia tak bagi.

"Sya.."

Panggilan Adeed mematikan lamunannya.

"Huhh tapi boleh tak aku bermalam di rumah.."

Adeed mengangguk kepalanya tanda faham.Entah macam mana zaman sekolah menengah mereka dahulu , mereka pernah jadi pasangan bercinta.

Mereka berdua susah nak berenggang.Ke hulu ke hilir bersama.Buat kerja sekolah bersama-sama.Indahnya waktu itu.Tapi gara-gara Tasya buat hal , aku mula benci perempuan.Tapi tak sangka pula dia ni adik aku ! Adik kandung pula tu.

***

"Woi ! Berhenti !"

Rafique menjerit dan berlari mendekati lelaki itu.
Sampai sahaja di situ dia menumbuk lelaki itu.

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now