🤠 Part 17 👩‍💻

118 5 0
                                    

"Karmila.."

Karmila berdiri dan mencapai buku dan pen di tepi mejanya.Kemudian ia segera masuk ke dalam bilik Dato' Mustafa.

"Ya Dato' ?"

"Tolong panggilkan Cik Sara ada beberapa perkara saya nak bincang dengan dia"

Karmila mengangguk kepalanya dan keluar.Dia duduk di meja dan mencapai gagang telefon dan menyambungkan panggilan ke bilik kerja Sara.

"Cik Sara ? Dato' nak jumpa dengan cik sekarang Dato' nak bincang beberapa perkara"

***

Sara mengetuk pintu dan masuk ke dalam.

"Tadi Karmila cakap Dato' nak bincang dengan saya ? Boleh saya tahu apa perkara yang penting perlu di bincangkan itu ?"

"Sara tak payahlah ber Dato' dengan ayah"

"Jangan begitu Dato' sekarang kita berada di tempat kerja bukannya di rumah"

Dato' Mustafa mengeluh kecil.Tiada siapa boleh lawan cakap anak sulungnya itu.Tapi dia suka dengan pendirian anak sulungnya dia tidak mencampurkan urusan keluarga dan kerja.

"Begini saya nak kamu mengetuai kumpulan pergi ke Pahang untuk charity event kita..."

"Kenapa bukan Dato' yang pergi ke sana ? Rasanya ini bukan sebahagian dari kerja saya."

"Supaya kamu tahu bagaimana mengatur dalam program itu."

Sara mengerutkan dahinya memandang ayahnya.

"Sara akan berada di Pahang selama dua minggu dan seminggu di Terengganu"

"3 minggu ! Dato' yakin Sara boleh jalankan tugas tu ?"

"Sebab saya yakinlah saya bagi kamu mengetuai kumpulan kali ini bulan lalu Fareez dah buat dekat Melaka tapi dia gagal"

Sara tunduk tangannya ligat bermain pen di jarinya.

"Siapa yang akan gantikan tempat Sara ?"

"Sementara kamu tiada di sini ayah akan masukkan Zara dan gantikan tempat Fareez dan Fareez akan gantikan kamu"

"Macam mana itu ?"

"Itu nanti kita bincang di rumah yang ayah nak sekarang sama ada kamu setuju atau tidak ?"

"Okaylah kalau dato dah cakap begitu saya akan ikut sahaja"

Sekali lagi Dato' Mustafa terkena dia terlupa bahasakan dirinya dato.

***

Selesai makan malam semua ahli keluarga Mustafa berkumpul di ruang tamu.

"Ayah dah lupa ?"

Sara membuka mulut setelah lama dia menunggu ayahnya untuk bercakap pasal perkara yang mereka bincang di syarikat tadi.

Semua mata memandang ke arah Dato' Mustafa.

"Hmm selama tiga minggu along akan pi Pahang dan ke Terengganu buat charity event dan sementara itu Fareez akan ambil alih kerja Sara dan Zara akan masuk ganti tempat Fareez."

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now