Tasya masuk ke dalam biliknya.Sebelum dia nak mengemas barang-barangnya dia duduk sebentar melihat gambar family dia.
Gambar tu di ambil waktu mereka bertiga bercuti di Kundasang,Sabah.
Setiap tahun mereka akan pergi melancong tidak kira luar negara ataupun di luar negeri.Tanpa Tasya sedadi air matanya mengalir keluar.Bukan dia pinta untuk mengalirkan airmata itu tapi perasaan sedih itu yang datang dengan sendiri.
Tasya mengesat air matanya.Dia berdiri dan membuka kotak kemudian dia menyusun beberapa keping gambar ke dalam kotak itu.Kemudian dia mengambil buku-buku penting.Tidak tertinggal novel yang arwah mama belikan untuk dia.
Kemudian dia mengambil beg pakaiannya dan mengisi pakaian ke dalamnya.Nasib baik pakaiannya tidaklah banyak sangat , sebab arwah mama dah kumpul semua baju lama dia untuk di berikan kepada gelandangan dan anak-anak yatim beberapa bulan yang lalu.
Tasya memunggah barang-barang dia turun ke bawah.Hampir tiga kali dia turun naik tangga.
"Menyesal pula aku tak minta tolong dengan acik ataupun Kamal.Lagipun Kamal manada kerja aishhh bodoh sendiri"
Tasya mengomel sendiri.Dia mengesat peluhnya dan menapak ke dapur.
Dia membuka peti sejuk di dapur masih banyak lauk yang belum di sentuh.Tasya mengerling jam di dinding.
"Kalau macam tu bagus aku masaklah takkan aku nak berlapar pula ? Lagipula sayang makanan ni nanti buruk."
Tasya mengeluarkan sayur-sayuran , ikan dan beberapa bahan.
Baru sahaja dia nak mencuci sayur kangkung itu tetiba telinganya mendengar bunyi ketukan pintu.
"Mudah-mudahan bukan pakcik Aqasha..."
Tasya berlari ke ruang tamu dan menapak perlahan ke pintu utama rumah itu.
Sebelum dia membuka pintu , Tasya sempat mengintai ke luar tingkap.
"Buka !"
Tasya membuka pintu rumah itu dengan terketar-ketar.
"Asal kau buka lambat sangat arh ?"
"Tadi.."
"Tadi apa !"
"Tadi Tasya dekat dapur nak masak.."
"Masak ? Wah wah wah buat macam rumah sendiri pula ! Eh kau sedar dulu diri kau siapa !"
Tasya hanya berdiam seribu bahasa satu apapun dia tak mampu jawab.Dia takut pakcik Aqasha akan buat benda buruk dekatnya macam waktu dahulu.
"Hoi ! Aku cakap dengan kau ni ! Kau mengelamun kenapa ?"
Bayangan kisah silamnya terhenti apabila dia terkejut dengan jeritan orang tamak tak tahu nak hormat orang.
Nasib baik anak-anak pakcik Aqasha tidak mempunyai sifat buruk seperti ayahnya.
"Bagus kau faham apa yang aku nak.. apa yang kau tunggu lagi bla ! Bawa semua barang-barang kau dari sini !"
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
De Todo[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.