Part 31

87 8 3
                                    

Tasya masih lagi berjaga entah kenapa malam ni dia tak dapat nak lelapkan mata.Dia memandang Acik Rohana di samping sudah lama terlena di buai mimpi.Terkadang Tasya terkejut mendengar sahutan dengkuran Acik Rohana dan Kamal.

Kamal tidur di sebelah bilik.Dia dan Acik Rohana pula tidur sebilik.

"Hmmm Adeed banyak yang tak berubah dalam rumah ni..masih sama macam dulu"

Dia tersenyum mengingat kisah percintaan mereka dahulu.Rumah itu tempat mereka berdua melepak bersama.

Tasya menapak keluar dari bilik.Dia berjalan pergi ke dapur.

Langkahnya terhenti di hadapan bilik kerja Adeed.Dia memegang tombol pintu.

"Bolehkah masuk ni ? Bukannya ada Adeed pun kan ?".

Tasya memulas tombol pintu dan membuka perlahan-lahan pintu itu.Kemudian dia menyalakan lampu.

Dia pergi ke rak buku.Masih tersusun rapi macam dulu.Dia tersenyum.

Setelah itu , Tasya beralih ke meja.Gambar family Adeed.

"Kan bagus kalau aku pun ada keluarga bahagia macam Adeed.."

Tasya duduk di meja itu dan menghidupkan komputer riba.

"Ada password pula ?"

Tasya memainkan rambutnya sambil berfikir kata kunci apa yang Adeed letak.

"Birthday dia ? Maybe ?"

Tasya mula menaip tarikh lahir Adeed.Tasya mengetap bibirnya bila kata laluan yang baru sahaja tadi di masukkan salah.

"Kau buat apa dekat bilik ni ?"

Tasya terjerit kecil bila dia di sergah Kamal.

"Kau ni !"

"Aku belum pernah masuk lagi bilik ni , kau pula suka-suki kau sahaja"

"Suka-suki ? Apa benda kau merepek ni ?"

"Sya keluar dari bilik ni sekarang juga , nanti tiba-tiba Adeed datang."

Tasya merengus kasar bila Kamal melarang dia.
Tasya keluar dan melanggar bahu Kamal.

Kamal hanya menggelengkan kepalanya.Masih tak berubah perangai Tasya.

***

"So ? Angah macam mana hari ni ? Angah pi kerja ke tak ?"

Zara hanya diam soalan yang di ajukan kepadanya satu pun tak berjawab.

"Hmmm umi , ibu , ayah .. along pergi dulu"

Sara berdiri meninggalkan mereka yang masih bersarapan pagi.Sara mendekati Zara , dia mencium dahi Zara.

"Along ?"

Zara baru tersedar dari lamunannya.

"Hari ni janganlah pi kerja.."

"Eh angah okaylah long..."

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now