"Assalamualaikum..."
Tasya memandang lelaki yang baru sahaja datang itu.
"Pak din buat apa dekat sini ?"
Khairani pun menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang Tasya sapa sebentar tadi.Khairani berdiri dan mengundur ke belakang dengan laju tangannya menarik Adeed.
"Ma are you okay ?"
Adeed yang terkejut melihat tindakan mamanya itu.Bukan itu sahaja riak wajahnya pun turut berubah.Mama seolah-olah takut bukan seolah-olah tapi dia memang takut.
Lengan Adeed terasa sakit menerima genggaman kuat dari Khairani.
"Kau buat apa dekat sini ! Arghhhhhhhhhh."
Tiba-tiba sahaja Khairani menjerit.Tasya kehairanan dan berlari anak mendapatkan Pak Din.
Tasya membawa Pak Din ke belakang.Dia takut nanti Datin Khairani bertindak lebih dari itu.
Dia masih ingat lagi waktu itu mereka bertiga pergi membeli-belah bersama.Tiba-tiba ada seorang budak lelaki ini di hadapan mereka ini hampir di culik oleh beberapa individu.
Datin Khairani mengambil batang penyapu yang berhampiran dengan dia lalu memukul salah seorang dari kumpulan itu.
Seorang daripada mereka luka di bahagian kepala.Sejak dari hari itu , Tasya tak berani dekat bila emosi Khairani tidak stabil.
"Kau ! Aku kenal kau !"
"Ma ? Kenapa ni ?"
Adeed mencuba untuk tenangkan mama.Tetapi semakin mereka mencuba semakin emosi Khairani tak terkawal.
"Puan saya datang hari ni.."
"Aku tahu ! Kau nak ambil anak aku lagi bukan ?"
"Tak bukan itu maksud saya puan.."
"Jangan panggil saya puan ! Abang call polis sekarang !"
Khalid mengeluh lain yang dia rancang lain pula yang jadi.Khalid berdiri dari tempat duduknya dan memujuk isterinya untuk bersabar.
"Apa abang ni !"
Khairani menjerit marah , Adeed berusaha menenangkan mama.
"Kenapa dengan ibu ?"
"Arghhh.. aduh !"
Adeed melepaskan tangannya dan berlari meluruh ke arah Tasya.
"Sya kenapa ?"
Tasya menahan kesakitan dia memegang bahu kirinya.Seperti ada serangga berbisa yang baru sahaja menyegatnya.
"Kenapa ni ?"
Adeed mula meninggikan suaranya bila persoalannya tak berjawab.
"Entah aku rasa ada benda sengat aku.."
"Mari sini aku tengok !"
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
Random[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.