Sara melihat jam di tangannya.Tepat jam 1 petang.Sara bergegas pergi ke tempat mereka janjikan.
Entah macam mana Sara boleh tertidur dan terlepas penggera yang dia dah set tadi.
Mungkin dia terlalu penat.Semalam mereka ada jamuan kecil bersama anak yatim.Pagi itu pula mereka mengagihkan bantuan berupa makanan dan pakaian pada orang gelandangan.
Petang ni pula mereka akan pergi masuk kampung dan memberikan bantuan pada fakir miskin.
***
Semua orang menunggu di dalam kereta.Ada yang tidur ada yang keluar dari kereta duduk cerita di luar.
"Siapa ada nombor Sara ? Kita dah lambat ni"
"Tak ada..baru pula kali ni Cik Sara lambat"
"Mungkin dia penat semalam dia yang terakhir masuk bilik dia rehat...dia masih lagi mengemas barang-barang"
"Yang kau tak bantu dia kenapa ?"
"Habis kau ?"
"Eh janganlah gaduh korang ni ! Kalau Cik Sara nampak mesti dia kecil hati tau !"
Kelihatan Sara dari jauh lagi melambai tangannya ke arah mereka.Mereka pun berdiri.Berusaha mengukirkan senyuman di bibir.
Sara melintas jalan tanpa melihat kiri kanan itu hampir tersambar kereta yang meluncur laju.
"Cik Sara !"
"Boss !"
Sara tak tahu apa yang jadi.Yang jelas dia di tarik seseorang daripada di langgar kereta.Sara bangun dan melihat di sisinya.
"Adeed !"
Sara membangunkan Adeed.Adeed pun berdiri.Adeed memegang siku kanan.
Sara cepat-cepat mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap darah di siku Adeed."Ya allah boss ! Tak apa-apa ?"
Adeed tersenyum dan mengangguk perlahan.
"Jangan risaulah Sasa sikit saja ni..jangan mengada bagitau papa pasal kejadian hari ni especially mama !"
"Hmmm baik boss !"
Sara memapah Adeed pergi ke tepi.
"Maaf tadi Sara tertidur..Sara tak sedar bunyi penggera..macam ni gais hari ni kita cancel dulu esok kita pi awal pagi"
"Buat apa nak cancel ? Aku tak ada apa-apa ni"
"Bukan kau ! Aku fikir staf aku dengan staf kau sahaja"
Adeed terdiam dan tersenyum.
"Kenapa kau senyum-senyum ?"
Adeed menggelengkan kepalanya.
"Dah jom kita balik nanti Sara akan call dengan ketua kampung bagitau kita tak jadi datang esok pagi kita datang..lagipun kita masih banyak lagi masakan ? Ini tugasan yang terakhir lepas ni kita kena pi pula Terengganu"
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
Random[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.