"Hello ? Sara .. Sara kau ada dekat mana ? Kau jadi tak ikut kitaorang ni ? Hari ni kan adeed akad ?"
"Ye ye ye kejap aku dah siap ni tunggu sekejap lagi aku turun..."
Sara memandang cermin bagi memastikan tiada yang cacat pada pakaiannya.
"Ibu ... Umi ... Along keluar yeahh ?"
Sara terus pergi ke luar dan memakai sepasang kasut bertumit rata.
"Maaf lambat ..."
Melinda hanya mengangguk perlahan.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Tasya mereka hanya berdiam.Sesekali Taufiq melihat ke cermin memandang Sara dan Melinda di belakang.
"Woi kenapa senyap ? Korang buat aku mengantuk lah..."
Taufiq sengaja bagi alasan supaya perjalanan mereka itu tidak sunyi sangat.
Rafique menoleh ke belakang dan tersenyum memandang Sara.
"Weii korang tau tak ? Sebenarnyakan Adeed dulu tu suka sangat dekat kau Sara tapi Adeed ni lain kalau dia suka orang tu dia suka sakitkan hati orang tu dahulu..sampaikan satu hari tu Taufiq dengan Adeed bertumbuk gara-gara Adeed.."
Taufuq berdehem dan menjeling ke arah Rafique.Rafique terdiam.
"Korang gaduh sebab apa ?"
Rafique memandang ke arah Taufiq.
"Tak adalah jangan percaya sangat dengan cerita Rafique ni.."
***
Tasya sudah lama siap.Mak andam sudah lama keluar dari bilik pengantin.
Betulkah apa yang aku buat ni ? Detak hati Tasya.Dia membuka laci meja soleknya dan mengambil seutas rantai leher.
Dia memandang lama ke arah cermin perlahan-lahan dia membuka rantai yang di pakaikan oleh mak andam tadi lalu di ganti nya pula dengan rantai yang baru dia dapat dari Makcik Rosnah.
Baru dia teringat akan Makcik Rosnah dia pun mencari telefonnya lalu mendail nombor Makcik Rosnah.
"Hello ? Acik dah sampai ? Kalau acik dah sampai terus pi bilik Tasya yeahh..ouhhh baiklah Sya tunggu jangan tak datang pula..."
Tasya mematikan panggilan.
***
"Eh ni bukan rumah Adeed kah ?"
Sara melihat sekeliling rumah.
"Ya kitakan dari pengantin lelaki ? Kenalah gerak sama-sama pengantin ! Kau ni Sara.."
Sara tersenyum sinis.Dia pun keluar dari kereta.
Manalah aku tahu ni kali pertama aku pi majlis perkahwinan orang.Selaluny aku duduk dalam rumah sahaja.Getus hati Sara.
"Assalamualaikum ! Auntie mana Adeed ?"
Mereka bersalaman dengan mama Adeed.
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
Casuale[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.