"Ini sahajalah peluang ayah untuk lihat along bekerja di bawah syarikat ayah.. kalau along dah kahwin nanti berkemungkinan besar yang along akan stay di rumah sepanjang masa."
Walaupun Sara sudah sebulan bekerja mengurus hotel ayahnya.Sara masih lagi tidak boleh terima semua itu.
Bukan dia tak hargai apa usaha ayah dia.Tiada niat langsung di hatinya nak buat ayahnya terluka.Tapi Sara takut suatu hari nanti ayahnya akan kecewa dengan dia.
"Memang betul apa kata ayah cuma along tak boleh nak terima.... Semua ni masih baru buat along.. lainlah kalau sebelum ni along hanya bekerja satu posisi sahaja ni semua benda along kena buat."
"Ingat Sara peluang bukan datang berkali."
Dato' Mustafa mengatur langkahnya.
***
"Kali ni mama tak kira ! Mama tak nak dengar alasan Adeed lagi.. mama dah bincang dengan family Tasya dua minggu dari sekarang kamu akan bernikah dengan Tasya !"
Adeed hanya mengeluh berat.Dia berdiri dan meninggalkan mamanya.Malas dia nak bertekak dengan orang perempuan.
Perempuan semua betul.Pilihan dia semua betul lainlah lelaki semua memang di takdirkan untuk lelaki lahir di dunia ini untuk di persalahkan.
Perlukah ibu bapa di era ini untuk menentukan dengan siapa anak dia berkahwin.
Zaman moyang dahulu lain cerita.Anak zaman dahulu pemikiran dia matang bukan macam sekarang.Gaduh sikit cerai.
***
"Mama benda ni mama kena tahu.."
"Benda apa lagi ? Apa lagi alasan kamu ? Nak tangguhkan lagi dari perkahwinan ni ?"
"Okay ? Mama tahu tak ? Tasya tu sebenarnya anak angkat bukannya anak kandung ?"
"What ! Mustahillah deed.. mama kenal sangat dengan auntie alia."
"Kalau mama tak percaya mama pergi tanya dengan Tasya sendiri..tak pun mama jumpa terus dengan auntie Alia"
***
"Abang."
"Hmmm ? Kenapa ? Ada masalah apa-apa kah?"
"Abang tahu tak yang Tasya tu sebenarnya..."
Khalid tersenyum sinis dan memandang isterinya.Khairani mengerutkan dahinya.
"Ya betul apa kata Adeed tu sebenarnya Tasya bukan anak kandung."
"Bang.. kenapa saya rasa sesuatu ?"
"Sesuatu apa ?"
"Tak ada apa-apa lah."
Khalid melepaskan kaca matanya dan meletakkan di atas meja.Belum sempat Khairani berdiri Khalid sudah menyambar tangan dan menyuruhnya duduk.
"Ayang... perasan tak muka Adeed dengan Tasya seiras sangat ?"
"Kalau jodoh bang tak ke mana.. kan kata orang tua-tua dulu bila muka pasangan itu seiras maknanya jodoh kuat."
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
Aléatoire[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.