😒 part 22 🙄

102 6 0
                                    

Tasya turun tepat di sebuah rumah tua tidaklah usang sangat.Rumah itu rumah peninggalan arwah umi dan abah.Walaupun lama dia tak jenguk rumah tu suasana langsung tak berubah kerana ada jiran yang akan datang membersihkan halaman rumah.

"Eh ? Tasya !"

Tasya menoleh ke belakang melihat empunya suara tadi yang memanggil namanya.Tasya mengukir senyuman di bibirnya.Dia melepaskan beg pakaiannya dan memeluk.

"Assalamualaikum acik..."

"Waalaikumussalam .. ya allah sya ! Acik ingat kamu dah lupa jalan balik kampung ni .."

"Hiskkk ada-ada saja acik ni..acik umur sya 12 tahun time tinggalkan kampung ni.. mustahillah Tasya lupa."

"Ya tak ya juga ? Sya dah lawat kubur arwah umi dengan abah kamu ?"

"Belum lagi.. esok sya lawat ..acik temankanlah sya nanti.."

"Baiklah kalau macam tu acik nak balik rumah dulu.Kalau ada apa-apa terus pergi rumah ! Ingat tak rumah acik dekat mana ?"

Tasya mengangguk perlahan.Dia tersenyum melihat makcik Rosnah.Dia yang banyak bantu keluarga dia dahulu.

Tanpa membuang masa Tasya menapak naik ke atas dan membuka pintu.Dia masuk dan mencari suis lampu dan memasang.

Tasya masuk ke dalam biliknya dan meletakkan beg di atas katil.

Tasya keluar dan pergi ke dapur dan mencari penyapu.Dia keluar dan menyapu di bahagian bilik lalu di bahagian ruang tamu.

Tasya menyalakan gas di dapur.

"Okay gas hidup dapur pun okay beras ada.Tinggal lauk dengan sayur yang tak ada."

Tasya keluar dan pergi ke kedai mencari lauk dan sayur untuk dia makan malam ni.

Dia berhenti dan memilih sayur.Tiba-tiba dia di sapa oleh seorang lelaki.

"Tasya kan ? Kau sya kan ? Wei !"

Lelaki itu hampir sahaja memeluk Tasya.Tasya mengundur beberapa langkah ke belakang.Dia agak terkejut.

Lelaki itu terhenti dia pun menggaru kepalanya.Dia tersenyum bila Tasya memandangnya.

"Maaf ni siapa ?"

"Kau tak kenal aku sya ? Jahat kau ni !"

"Aik ?"

"Akulah Kamal ! Kamal !"

"Kamal ?"

Tasya memandang lama.

"Kamal anak acik !"

"Wainahh rindu ba aku sama kau !"

"Aipp sejak bila logat kau macam tu ?".

"Nah lama ba aku tinggal di Sabah dulu..."

"Buat apa dekat sana ? Kerja ? Apa kerja kau ?"

"Alaaa biasa-biasa ja."

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now