🎈 Part 9🎈

139 8 0
                                    

***

Adeed duduk termenung di hadapan komputer ribanya.Entah apa yang tak kena dengan dia.Sejak dua menjak dia asyik terngiang-ngiang kata-kata sindiran yang di lemparkan oleh Sara terhadapnya.

Adeed meraup wajahnya.Adakah dia yang salah menilai Sara ? Sara bukan seperti perempuan lain yang hanya inginkan duit.

Siapa Sara ? Apa yang buatkan Sara dingin dengan lelaki ? Persoalan itu sering bermain-main di minda Adeed.

Siapa pula lelaki yang selalu tumpangkan Sara ? Apa hubungan mereka berdua ?

"Arghhh stress !"—Jerit Adeed.

Adeed meneguk jus oren yang dari tadi dia tak sentuh sedangkan air itu sudah lama di sediakan di atas meja belajarnya.

Adeed mula menaip sesuatu di komputer ribanya.

***

Sara melangkah ke dewan kuliah dengan malas.Sedang fikirannya melayang dia terlanggar seseorang.

"Maaf..."—Kata Sara.
"Ok"—Kata Adeed.

Berkerut dahi Sara terkejut dia melihat orang yang dia langgar itu adalah Adeed.

Adeed tersenyum nipis dan meninggalkan Sara.Sara sekali lagi terkejut.

Pantang Adeed bila berjumpa dengan Sara pasti ada sahaja pergaduhan yang terletus.

Tapi.....

Kali ini Adeed lain daripada yang dahulu.Sara terkesima dengan aura itu.

Adeed kah tu ? Asal pelik semacam ? Dia tak macam tu takkan ? Gumam Sara dalam hati

***

Sara melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.Sejak dia gagal dapatkan biasiswa hari itu Sara duduk bahagian belakang bersama Adeed.

Bila Sara nak pergi ke belakang alangkah terkejutnya dia bila dia lihat Adeed duduk di hadapan sekali.

Dari belakang Sara boleh nampak gerak-geri Adeed.Pelik ! Malaikat mana yang menampar Adeed ni ?

Selalunya Adeed akan tidur di dalam kelas.Kalau bukan pun dia mengurat pelajar perempuan di dalam dewan itu.Ataupun dia cari gaduh dengan Sara.Tapi kali ini Adeed fokus pada pembelajaranya.Dia menumpukan sepenuh perhatian.

***

"Jom lepak ada awek baru...."kata Rafique.
"Jomlah deed ! Awek-awek kat sana dah cari kau lah ! Naik rimas aku jadinya bila semua tu tanya mana Adeed ? Adeed dekat mana ? Alaaaa rindulah dengan Adeed ! Adeed itu Adeed ini !"Kata Taufiq sesekali dia meniru kegedikkan gadis-gadis itu.

Adeed hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aku malaslah nak keluar... Aku rasa penat aku nak berehat"

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now