"Hari ni ayah ada nak cakap sikit dengan kamu semua"
Semua berhenti menyuapkan makanan dalam mulut.Semua memandang ke arah ayahnya.Kecuali isterinya sahaja yang tidak memandang meneruskan makan tengahari itu.
"Okayy hari isnin minggu hadapan ayah umi dengan ibu akan pergi umrah...dah lama ayah plan semua ni sebelum keluarga kita bersatu lagi..jadi along jaga angah dengan adik..adik ayah tak benarkan kau sentuh kereta bawa kereta tu pi mana-mana...driver sahaja yang boleh bawa kereta itu..kamu nak pi mana ayah benarkan korang jalan tapi ingat harus bertiga"
Sara dan Zara hanya mengangguk kepala tanda faham.Tapi Fareez pula yang buat muka.Mana tak dia buat muka dia sikit pun tak di benarkan memandu.
Fareez tahu kalau dia memandu memang tak ikut peraturan.Kemalangan jalan raya Fareez sudah pun rasai beruntung hanya luka kecil.Tiada cacat yang kekal di tubuhnya.
"Hmmm sorang-sorang lah angah lepas ni dalam rumah"
"Ouh yeahhh kamu pula angah bila along dengan adik dah pi kolej kamu tutup semua pintu dan jendela...kalau ada orang bagi salam tengok dulu baru buka...tapi kalau angah sorang-sorang ibu pesan jangan buka pintu jangan keluar rumah...ibu tak nak kisah hitam berulang kembali dalam rumah"
Zara diam dan memandang ibu.Roziah juga diam setelah memberi nasihat dekat Zara.Bukan apa dia masih lagi di hantui kenangan hitam di rumah ini.
Masa itu tinggal dia sahaja dalam rumah itu.Fareez sibuk dengan latihan sukannya begitu juga dengan Mustafa sibuk dengan pekerjaannya.
Ketika itu dia dan satu orang pembantu rumah sahaja yang tinggal.Sudah jadi kebiasaan mereka akan membiarkan pintu belakang di buka tak di kunci.
Sedang Roziah tidur nyenyak di atas katil di dalam biliknya tiba-tiba dia terdengar suara bising di bawah.
Roziah berlari turun ke bawah melihat dari mana bunyi bising itu.Belum pun dia sampai di tingkat bawah jelas dia mendengar tembakan tiga kali.
Roziah melajukan kakinya turun ke bawah.Alangkah terkejutnya dia melihat pembantu rumahnya berlumuran darah di lantai.
"Pu.....pu.....pua...puan....lari...".Itulah kata terakhir pembantu rumahnya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.
"Jangan bergerak ! Kau bergerak lagi selangkah aku tembak kau !"
"Kau diam dan jangan buat bising...bagitau aku mana duit laki kau simpan ? Barang-barang kemas kau mana ?"
"Semuanya dalam bilik dekat atas...."
Tanpa berlengah lagi perompak itu lari naik ke atas.
Tinggal Roziah dengan satu orang lelaki bertopeng di tangannya ada sebilah pisau.
Roziah hanya duduk diam dan sesekali dia memandang keluar rumah.Dia berharap agar jiran-jirannya terdengar bunyi tembakan tadi itu dan segera menghubungi polis.
Roziah melihat lagi ke arah jendelanya.Dia menangkap sekujur tubuh yang sedang mengintai dari luar.
"Boss ! Semua saya dah ambi tiada satupun yang tertinggal"
"Bagus ! Jom keluar sebelum ada orang tahu kegiatan kita nahas kita !"
"Habis tu perempuan ni bos ?"
"Alaa dia kan dah kena ikat ? Tunggu saja lah laki dia pulang barulah dia lepas ! Lagipun dia bukannya kenal kita pun !"
Dua orang perompak itu keluar mengikut pintu depan.Langkah mereka terhenti bila diaorang melihat seragam hitam ada di tepi jendela.
Dia berlari pergi ke belakang.Tapi polis lagi bijak mengatur strategi.Rumah itu telahpun di kepung.
Perompak itu pun masuk ke dalam.Dia membuka tali yang mengikat di kaki Roziah.Kemudian perompak itu mengacukan pistol di kepala Roziah.

YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
Random[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.