Adeed Mikhail
Assalamualaikum , Sara awak okay ? Kami sekeluarga tengah otw nak lawat awak dekat rumah.
12/01/2020 Ahad 9.08 pg
***
Sara bangun dari tidurnya dan membaca mesej yang baru sahaja tadi masuk dan mengganggu tidurnya.
"Laaa baru nak melawat orang ? Siapa suruh tak khabar awal-awal."
Laju sahaja tangan Sara membalas mesej daripada Adeed.
***
Sara Mikayla
Waalaikumussalam.Kenapa tak bagitahu awal-awal ? Kami sekarang bercuti di Cameron Highlands.Sepatutnya semalam awak bagitahu kami dulu kan dah membuang masa pi rumah.Kami satu keluarga bercuti tenangkan fikiran.Terima kasih nanti lepas dari bercuti ni kita jumpa okay 😊.
***
"Aishh uncle jom patah balik.."
Dato' Mustafa menoleh ke belakang memandang Adeed begitu juga dengan Khairani isterinya.
"Kenapa ?"
"Ya deed kenapa ni ?"
"Uncle mus dengan family dia tak ada dekat rumah..."
Dato' Khalid tersenyum melihat wajah anak lelakinya.Wajah yang penuh dengan perasaan bercampur baur.
"Diaorang pi mana ?"
Khairani pula bertanya kepada Adeed.
"Diaorang pi bercuti di Cameron Highlands."
"Ouh.."
"Dah jom lah uncle balik..."
"Tak payahlah jom kita pergi taman.."
"Tam...an ?"
Dato' Khalid senyum di hadapan Khairani.
"Bang tiada tempat lainkah ? Jomlah kita pi shopping , sop hantar kami pi mall.."
"Arh ah pi taman ? Ni driver saya bukan awak ? Saya yang bayar gaji dia bukan awak.. kamu berdua cuma menumpang dalam kereta ni okay ?"
Adeed memandang Khairani di samping.Wajah mamanya berubah dengan mendadak.Wajah yang sukar untuk di tafsir.Sukar untuknya memahami situasi mama.
Adeed menggapai tangan Khairani dan menggenggam erat tangan mamanya.
Khairani terkejut dengan tindakan Adeed.Dia memandang lama wajah anak lelakinya.Adeed tidak sedar dengan tatapan mama , dia membuang pandangan ke luar tingkap.
Khairani mengerutkan dahinya berselang-seli dia memandang wajah Adeed dengan genggaman tangan.Perasaannya kuat mengatakan bahawa Adeed tahu kisah 26 tahun lalu.
Dia bongkarkah barang-barang aku ? Dia dah tahu ? Tapi kenapa dia tak tanya satu benda pun dekat aku ?
"Hei ma ? Kenapa ni ?"
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
Random[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.