Part 29

64 6 0
                                    

"Macam mana keadaan Adeed ?"

"Tak tahu , anak kita pulang tadi dalam keadaan pucat.Dia sakitkah bang ? Dia sakit apa ? Ni semua salah saya bang ! Kalau saya tak abaikan dia dari kecil tak mungkin semua benda ni jadi..."

"Jangan cakap sembarangan tanpa usul periksa.Kita tak tahu apa yang jadi dekat Adeed.Tak mungkinlah budak tu sakit..."

Hampir setengah jam mereka berada di luar bilik kecemasan.Tidak lama kemudian keluar seorang jururawat perempuan.

"Penjaga Adeed Mikhail ?"

Khairani yang mendengar nama anak lelakinya di petik terus meluru ke hadapan pintu kecemasan.

"Kenapa dengan anak saya ? Dia dah sedar ? Dia sakit apa ? Serius tak ? Ya allah !"

Jururawat di hadapannya hanya tersenyum dan mengetap bibirnya dek kerana hentaman soalan bertubi-tubi daripada Khairani.

"Jom masuk ke dalam anak puan dah sedar..."

Khairani memegang tangan suaminya mereka beriringan masuk ke dalam.

Khairani menitiskan airmatanya bila dia melihat wajah pucat anaknya.Adeed menghadiahkan senyuman walaupun kelat.Kepalanya masih berpusing-pusing.Dia mencuba duduk.

"Kenapa dengan kamu ni Adeed ! Jangan buat mama risau boleh tak !"

Semakin deras air mata Khairani mengalir.Adeed mengesat air mata di pipi ibunya.
Ini kali pertama dia melihat kerisauan di wajah wanita itu.Dari dia kecil hingga ke hari ini Adeed tidak pernah melihat airmata itu mengalir.

"Adeed dengar tak apa mama cakap ni !"

Khairani menampar bahu anak bujangnya.

"Arghhh ! Ma... Sakitlah"

Khairani laju-laju mengusap tempat yang dia pukul tadi.

"Maafkan Adeed ma..Adeed janji takkan buat mama menangis lagi."

Khalid datang selepas berjumpa dengan doktor yang merawat Adeed tadi.Dia duduk dan memeriksa tangan kiri Adeed.

"Ni apa ?"

Khalid menyentuh bekas suntikan jarum yang masih bertanda di lengan Adeed.

"Adeed ambil darah buat apa ?"

"Hmmm Adeed cuba nak derma darah.."

"Kenapa ? Bekalan darah dekat hospital ni dah habiskah ?"

Adeed menelan air liurnya.Dia takut nak menjawab bila airmuka papanya berubah.

"Lepas ni jangan suka-suka nak buat itu ini tanap perbincangan...memang yang Adeed buat tu benda berfaedah banyak orang memerlukan tapi kena fikir juga diri sendiri."

"Maaf.."

Hanya maaf yang mampu Adeed cakap buat masa ini.Dia nak bagitahu perkara sebenar dekat papa tapi dia takut mama dia akan sakit.Lagipun benda itu belum di sahkan.Keputusan pun ambil masa seminggu.

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now