***
"Rafiq ! Taufiq !"-Seraya dengan itu Rafiq dan Taufiq menoleh ke arah empunya suara.
Kelihatan Sara Mikayla berlari dan mendapatkan mereka berdua.Rafiq mengerutkan dahinya manakala Taufiq pula menggaru-garu kepalanya.Pelik kenapa tiba-tiba sahaja Sara memanggil mereka berdua.Setahu mereka Sara ni memang tak akan bercakap dengan mana-mana lelaki di kolej itu.
"Kenapa Sara ?"-Tanya Rafiq.
"Adeed mana ? Dah dua hari tak datang kolej ? Tugasan kami dua belum lagi siap..Aku takut nanti tugasan tu tak dapat di hantar"-Kata Sara.
"Entahlah Sara kami dua ni pun tengah cari dia dari kelmarin...kami ah datang rumah dia tapi tak ada orang sunyi sepi rumah tu"-Terang Taufiq.
"Takkanlah dia tak bagitahu korang dia pi mana ?"-Tanya Sara lagi.
"Kau tengok ni berapa kali aku call dia tak jawab...prof pun dah bising dekat dia ni"-Kata Rafiq sambil menunjukkan log panggilan keluar dari telefonnya.
"Aishhhhhhh ! Menyesal pula aku hari tu tak copy tugasan tu ! Matilah macam ni ! Dah lah esok tarikh tutup !"-Rungut Sara.
"Kau salin nombor dia nanti kau call dia sendiri ok ?"-Kata Taufiq.Sara pun mengeluarkan telefon bimbit dia dan menyerahkan kepada Taufiq.Sara mengetap bibirnya bila melihat Taufiq terkial-kial menekan butang punat telefon bimbit dia.Barangkali dia tidak biasa menggunakan telefon sebegitu maklumlah dia kan anak orang kaya ! Getus hati kecil Sara.
***
Sara membaling telefon bimbitnya ke katil bujang miliknya."Apa masalah dia ni ! Tak guna betul ! Aishhhhhhh tak guna betullah manusia ni ! Dia ni saja je kan nak kenakan aku"-Rungut Sara
Sara meminjam laptop Fareez.Dia pun membuat tugasan itu yang belum siap.Dalam hatinya dia berharap yang Adeed tak permainan kan dia.Dia berharap sangat yang Adeed akan hadir esok dan membawa tugasan mereka berdua.
Tapi Sara berdua-dua hatinya bila memikirkan balik.
***
"Astagfirullah al-Azim !"-Sara mengucap bila dia tersedar dari tidurnya.Entah macam mana dia boleh terlelap.Kelam kabut jadinya.Semua dia buat serba tak kena.
Jam sudah menunjukkan jam 7 pagi.Pintu di ketuk bertalu-talu oleh Fareez.
"Kak long ! Cepatlah..."-Kata Fareez.
"Kejap bagi akak 5 minit"-Kata SaraFareez menggelengkan kepalanya.Baru kali ni kakak dia buat perangai.Selalunya awal lagi dia sudah tercegat di ruang tamu sambil minum air kopi dan memakan biskut sementara menunggu dia bersiap.
Jam menunjukkan tepat jam 8:30 pagi.Sekali lagi Fareez mengetuk pintu bilik Sara.Akhirnya Sara keluar matanya bengkak.Apa yang telah terjadi ? Getus hati kecil Fareez.
"Kak long ok tak ni ?"-Tanya Fareez.
Sara hanya mengangguk lemah.Dia pun menapak ke luar rumah.Kakinya terasa seperti di rantai dengan batu yang paling besar hinggakan kaki berat betul untuk mengatur langkah.
***
Sara mengadu dengan Melinda.Melopong mulut Melinda bila dia mendengar masalah yang Sara hadapi sekarang."Wei ! Beb aku minta maaf sangat sebab tak dapat nak tolong kau"-Kata Melinda.
"Ya aku tahu ! Arghhhh !"-Serabut kepala otak Sara di buatnya.
"Beb ! Kata senior-senior kita kan prof tu kan memang tegas bila dia kata A ! A lah jawab dia"-Kata Melinda lagi.
"Aku tak tahu macam mana ni ! Patutkah aku jumpa prof atau tidak ?"-Tanya Sara pula.
"Memang tu lah yang kena hadap beb..."-Kata Melinda.Nak tak nak Sara kena juga berhadapan dengan prof mereka.
Lama juga dia bercakap dengan prof itu."No excuse ! Hantar apa yang dah siap ! Biar saya yang nilai !"-Prof mula menunjukkan muka bengis dia.
Sara menghulurkan portfolio kepada Prof dia dengan tangan yang terketar-ketar.Prof dia merentap kasar portfolio itu dari tangan Sara.Sara tersentak dan tunduk.
"Tunggu apa lagi ! Keluar lah ! Banyak lagi yang saya kena urus bukan nak hadap muka seposen kamu dekat sini !"-Kata Prof tu.
***
Sara berjalan lemah.Dia ternampak kelibat Taufiq sedang duduk mendengar lagu sambil menggoyang-goyangkan kepalanya mengikut rentak muzik yang dia dengari.
"Taufiq... Mana Adeed ? Aku tak nak marah sekarang ni tolong jawab dengan jujur"-Kata Sara.
Taufiq berdiri dan menundukkan kepalanya.Dia menggaru-garu kepalanya.Bila Sara sudah mengerutkan dahi dia barulah dia nak buka mulut.
"Ok aku minta maaf ! Sebenarnya..."-Belum habis lagi percakapan Taufiq sudah Sara mencela.
"Sebenarnya dia nak balas dendam dekat aku begitu ?"-Tanya Sara laju sahaja Taufiq menggelengkan kepala.
"Sebenarnya Adeed accident dah berapa hari dia koma tak sedarkan diri"-Kata Taufiq.
"Kenapa dari awal tak bagitahu aku ? Kalau dari awal kau bagitahu aku ! Tak lah aku kena marah dengan prof ! Dah lah aku perlukan biasiswa tu ! Kau orang tak faham keadaan aku ! Kau mungkin tak berminat dengan biasiswa tu tapi bagi kami pelajar miskin tak ! Kami memerlukan !"-Marah Sara.Sara terus tinggalkan Taufiq yang terpukul dengan kata-kata Sara sebentar tadi.
"Betulkah apa yang aku buat ni ?"-Detak hati Taufiq
YOU ARE READING
Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]
De Todo[ slow update ] [ cover by me ] "Kau tu binatang ! Ada otak tapi tiada akal !"-Jerit Sara Mikayla. "Kalau aku binatang kau tu apa ? Tumbuhan ! Ouh kau kan pisang ada jantung tapi sayang tiada hati dan perasaan !"-Jerit Adeed Mikhail.