🎈 Part 5 🎈

177 12 0
                                    

***

"Siapa lelaki tu ?"—Tanya Dato' Mustafa.
"Satu kolej tapi perangai dia jahanam ! Suka ganggu Sara !"—Kata Sara.
"Nanti esok ayah akan hantarkan kamu ke kolej...ayah tak suka ada orang ganggu anak ayah macam tu !"—Kata Dato' Mustafa lagi.
"Ayah ? Sejak bila Sara ada ayah ! Ayah Sara dah lama mati lah !"—Kata Sara.

Dato' Mustafa tertunduk malu.Malu rasanya bila anak sendiri tidak mengaku yang dia ni sebagai ayah.Tambahan pula dia di tengking di hadapan pemandu peribadi dia dan anaknya , Fareez hasil pernikahannya yang kedua.

Sara terus melemparkan pandangannya ke luar tingkap.Malas dia nak melayan ayah dia mahupun adik dia.

Dato' Mustafa mengeluh berat dia tahu anak perempuannya itu berkecil hati dengan dia.Sudah lama dia tak menjenguk dia bertanya khabar.Ya dia sedar salah dia.

***

Sara masuk ke dalam rumah.Umi dia tertidur di sofa panjang.Sara mengejutkan uminya.

"Umi... kenapa umi tidur dekat sini ?"—Tanya Sara.
"Sara ! Sara dah balik ? Umi tunggu Sara...Siapa hantar Sara balik ? Sara balik jalan kaki kah ?"—Tanya Maria.
"Tak Dato' Mustafa yang hantar dengan anak kesayangannya Fareez"—Kata Sara.

Sara terus melangkah masuk ke dalam bilik dia.Dia terus lelapkan matanya.

Aku nak berehat esok aku tak nak pergi kolej lantak lah ! Gumam Sara Mikayla

***

"Come on Bro ! Takkan kau nak mengalah ?"—Kata Rafiq.
"Entahlah yang aku tahu aku give up dengan dia susah betul nak dapat dia ni !"—Keluh Adeed.
"Takkan kau nak AFK Bro ? Kalah tanpa bertanding ! Wahai bunian tolonglah kembalikan Adeed Mikhail yang dahulu pantang di cabar !"—Kata Taufiq.
"Ok aku try lagi satu kali kalau tak dapat juga..motor ni jadi milik kau"—Kata Adeed.

Mereka bertiga bersalaman tanda bersetuju.


***

Adeed termenung dalam bilik dia.Puas dia berfikir macam mana dia nak buat Sara tu jatuh cinta dekat dia.Ni kali pertama perempuan tak nak layan dia.Kadang rasa tercabar juga dengan Sara ni.Hati batu betul hati dia.

Di kolej tu bukan Adeed sorang sahaja yang nak try Sara tapi banyak lagi.Siap bagi bunga lagi.Bermacam-macam yang Sara terima tapi akhirnya semua tu Sara buang dalam tong sampah.Coklat pula dia bagi dekat Melinda.Melinda kan hantu coklat.

Adeed turun ke bawah dan mencari kelibat mama dia di segenap ruang tamu.Bila puas dia cari tiada Adeed pun menapak ke taman mini tepi rumah mereka.Betul tekaan Adeed mama dia sedang menyiram pokok bunga.

"Mama Adeed ada nak tanya ni ? Tapi mama jangan salah faham k ?"—Kata Adeed.
"Pelik ? Apa yang Adeed nak tanya ni ?"—Tanya Datin Khairani.
"Perempuan suka apa ? Selain bunga dan coklat ?"—Tanya Adeed

Pertanyaan Adeed tu membuatkan Datin Khairani tergelak kecil.Lucu pula dia mendengar pertanyaan sebegitu.

"Mama !"—Kata Adeed.
"Ok ! Ok... Kalau dia tak suka bunga dan coklat ? Cuba kamu bagi dia patung.. teddy bear ? Kalau tak pun bagilah dia hadiah gelang , rantai or bawa diaorang jalan-jalan tu sudah memadai bagi perempuan"—Terang Datin Khairani , Adeed hanya mengangguk perlahan.
"Terima kasih mama !"—Jerit Adeed dan terus mencium pipi kiri Datin Khairani.

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now