🎈 Part 2 🎈

273 15 0
                                    

Bermulalah kisah antara Mr.Playboy dengan Mrs.Philopobhia.

Zara Mikayla berlari anak mengejar kakak sulungnya yang berjalan laju di hadapan.

"Zara cepatlah sikit !"

Sara menjerit memanggil adiknya.Dia merengus kecil.Dia mengecilkan matanya memandang matahari yang tegak berdiri di atas kepalanya sambil mengipas tangan ke mukanya.

Sara Mikayla menunggu Zara Mikayla di tepi bahu jalan.Sara Mikayla mencekak pinggangnya menunggu adiknya sampai ke tempat dia.

Bila Zara Mikayla semakin hampir dengan Sara Mikayla.Apalagi dia pun menoleh ke hadapan baru sahaja dia ingin menyusun langkahnya untuk menyeberang jalan.

Sebuah kereta jenis Honda meluncur laju tanpa memberi laluan untuk Sara Mikayla melintas jalan.Kereta itu memijak lumpur habis Sara terkena percikan air Lumpur itu.

"Kakak !"

Zara menjerit dan berlari sekuat hatinya walaupun dia dah cukup penat mengejar kakaknya dari tadi.

Sara Mikayla dah lah dia terjatuh sebab nak mengelak daripada di langgar oleh kereta itu.Zara membantu Sara bangun.

Zara tertawa melihat Sara.Nafas Sara turun naik menahan marah.

"Adik punya pasallah ni ! Lambat betul berjalan !"

Sara mula merungut.Sudahlah panas dapat pula bala.Apalah nasib aku hari ni.

"Jangan nak salahkan adik eh ! Kakak tu tak ada kesabaran sangat dalam diri tu ! Kan dah kena bala"

Seloroh Zara di sahuti dengan tawa kecilnya.

***

Adeed Mikhail menghempas tangannya pada stereng kereta dia.

"Gara-gara perempuan bodoh tu lah ! Aku kena hadap lampu isyarat bodoh ni !"


Adeed Mikhail melihat dua orang gadis itu melalui cermin depan kereta dia.

"Arghhh ! Bodoh dia juga ! Nasib baik aku tak langgar dia !"

Kata Adeed Mikhail dalam hatinya.

Lampu merah tadi bertukar hijau.Apalagi Adeed Mikhail terus memecut laju kereta dia.

***

"Assalamualaikum umi ! Kami dah balik ni !"


Sara Mikayla terus masuk ke dalam rumah walaupun Maria belum pun menyambut salam dia.Zara Mikayla pun masuk dan terus pergi ke dapur.

Sara Mikayla duduk di ruang tamu.Sara pelik melihat 4 cawan dan kuih muih yang terhidang di situ.Air di cawan itu habis di minum tetapi kuih-muih itu langsung tak di jamah.

"Sara ? Bila balik ... Mana Zara ?"

Maria menapak ke ruang tamu.

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now