😲 part 19 🔥

119 7 0
                                    

Tasya berjalan dan masuk ke dalam kereta.Dia duduk di sebelah pemandu.

"Kenapa sampai nak langgar Sara !"

"Aku sakit hati !"

"Aku tak suruh kau buat macam tu ! Kau tahu tak Adeed tercedera !"

Tasya terkejut dan memandang lelaki di sebelahnya.Dia mengambil telefonnya dan mula mencari nama Adeed.

"Jangan nak mengada call dia sekarang ! Kau sengaja kan nak rosakkan plan kita ? Kalau kau telefon Adeed sekarang tanya pasal dia tercedera comfirm ..comfirm lah dia dapat tangkap ni plan kau !"

Lelaki itu menghalang Tasya daripada membuat panggilan.Tasya menghempas badan ke belakang dan mengeluh.

"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal Adeed ?"

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kenapa kau tak bagitahu aku plan kau kelmarin ?"

Tasya diam seribu bahasa.

"Tiada jawapan ? Aku nak Sara ! Kalau kau buat Sara lesap .. kau jangan lupa aku pun boleh buat Adeed lesap !"

"Kau ugut aku kah hahh !"

"Aku tak ugut kau ? Tapi kali ni tolong ikut plan bukan ikut kepala otak kau yang tak berapa nak betul tu !"

"Okay aku sedar aku memang bodoh tapi aku tak sanggup tengok Adeed dengan perempuan lain"

"Kau juga yang buat perangai dulu kan ? Padahal adeed betul-betul nak dekat kau ?"

Tasya memandang tajam ke arah lelaki itu.Dia sedar semua ini berpunca dari dia.Oleh kerana ayahnya tidak mahu manjakan dia dengan kemewahan terpaksa dia cari sendiri.

Tasya sedar dia bukan anak kandung.Tapi kenapa keluarga angkatnya beria sangat nak jadikan dia anak.

Tasya sayang ibunya tapi dia benci dengan ayah.Ayah sangat tegas pada dia.

***

Sejak Sara tiada dalam syarikat itu suasana menjadi kelam kabut.Zara pula masih lagi termenung menghadap komputer yang hampir usang di telan zaman.

Zara mengeluh semua benda dia tak jadi.Belum sempat dia save kerja dia dah terpadam komputer itu.

Zara menghempas tangannya di atas meja.Fareez pula tertawa melihat Zara.

"Dari bila kau ada dekat situ ?"

"Dari tadi angah baik kau bagitahu ayah pasal komputer ni.. ni lah buat kerja adik tak siap ?"

Zara berdiri dan menapak pergi ke bilik ayahnya.Sebelum dia masuk ia singgah di meja Karmila selaku pembantu peribadi ayahnya.

"Hmm kak ? Dato' sibuk tak ? Saya nak jumpa dia sekejap boleh ?"

Karmila mengangguk kepalanya.Zara pun mengetuk pintu dan masuk ke dalam.

"Masuk.."

Zara masuk dan duduk di hadapan Dato' Mustafa.

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now