Bab 24

326 15 1
                                    

Pada tengah malam Adam mula nangis dan menyebut "buuu buuu".

Rian yang tengah memujuk Adam dah buntu. Dia tak nak ganggu Syah tidur sebab sekarang pulak 12 pagi tapi Adam tak berhenti nangis terpaksa di menelefon Syah jugak.

Panggilam Rian di angkat selepas beberapa minit menandakan pihak di sebelah sana sudah tidur.

"Helooo"ucap Syah tanpa pandang nama pemanggil.

Rian yang dengar suara Syah terus rasa lega. "Syahh, Adam nangis ni"ucap Rian memujuk Adam berhenti menangis.

"Dah tu?"soal Syah mamai.

"Amiklah Adam dia cari kau ni"balas Rian sambil dukung Adam untuk memujuknya.

"Alaaaa esoklah aku amik kau pujuklah dia...."balas Syah

Rian yang dengar Syah dah terlelap balik terus kerut dahi dan memandang telefonnya.

"Weiii janganlah tidur balik!!"balas Rian sambil tekan suaranya supaya tak ganggu Shahru tidur.

Syah yang dengar suara Rian mula bangun dengan malas.

"Hishhhh kacaulah kau ni aku nak tidurlah"gumam Syah sambil duduk diatas katilnya.

"Bukan aku suka-suka kacau kau tidur. Adam ni di cari kaulah, aku takut kacau orang lain tidur sebab Adam nangis"balas Rian sambil terus memujuk Adam berhenti menangis.

Syah yang dengar suara Adam dan Rian bergilir akhirnya mengalah dan menolak selimutnya ke tepi.

"Weiii jangan tidur balik" ucap Rian bila takde bunyi dibahagian Syah.

"Tak tak aku tak tidur balik. Tunggu jap aku gi amik Adam."balas Syah sambil menakai tudung dan cardigan.

"Okayyy"ucap Rian sambil matikan panggilan dan gerak kearah pintu bila dengan ketukan.

Rian yang tak sedar dihanya berseluar traksuit terus bukak pintu dan pandang Syah yang bersandar di tepi pintunya.

"Mahh sini Adam" ucap Syah sambil menghulur tangannya kearah Rian.

Tangan Syah yang tak sengaja terkena perut Rian untuk mengambil Adam mengejutkan Rian kerana suhu tangan Syah yang serupa ais.

"Weiiii sejuk gila kau duduk kat kutub utara ke apa?" soal Rian pada Syah yang masa sandar pada pintu biliknya.

"Mana ada kutub utara cepatlah aku mengantuk ni" ucap Syah lagi dengan huluran tangan amik Adam.

"Dah tu apasal sejuk sangat tangan kau ni?"soal Rian lagi pandang Syah yang masih mengantuk.

"Aku mana tahan sejuk, badan aku ni serap haba tu yang sejuk beku aku ni" balas Syah malam sambil turunkan tangannya yang dah lenguh.

"Dahlah esok-esok jelah kau soal siasat mehh sini Adam."ucap Syah yang dah berdiri tegak dan tak sandar lagi.

"Dah tahu badan tu serap haba asal tak pakai sweater?"soal Rian lagi.

Adam yang dari tadi menangis dah berhenti menangis bila nampak Syah dan hulur tangan agar Syah mengambilnya.

Tapi kerana soalan Rian dari tadi Adam masih berada didukungannya.

"Ada je dalam beg sweater tu aku malas nak amik" ucap Syah lagi.

Sebabkan soalan Rian yang beterusan Syah mula sedar dan memandang Rian dan pipi Syah mula merah kerana dia baru sedar yang Rian tidak memakai baju dan hanya berseluar traksuit.

Syah terus pandang kebawah balik sambil menghulurkan tangan untuk mengambip Adam.

"Hishhhh kau ni dah pemalas pemalas jugak nak biarkan dulu diri tu jadi beku baru tahu nak pakai sweater....bla bla bla"bebel Rian sambil masuk semula kedalam bilik dan amik sweaternya di dalam begnya.

MINE LITTLE HEROWhere stories live. Discover now