*situasi dirumah Haji Ahmad
Disebabkan kemalangan yang menimpa Syah hampir semua yang rapat dengannya terkesan. Lagi-lagi Rian dan Adam.
Adam kerap menangis dan tak berhenti.
Pelbagai cara keluarga Haji Ahmad lakukan untuk membuat Adam berhenti menangis.
Hajah Roziah tak sanggup melihat Adam yang hanya berhenti menangis bila penat menangis dan tertidur.
"Maa macam mana ni?? Sarah sedih tengok Adam menangis sampai tertidur"ucap Sarah sambil mendodoikan Adam yang penat menangis.
Dani, Sarah dan Dahlia tidur dirumah Haji Ahmad untuk bantu menjaga Adam.
"Mak pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Dengan Syah kat ICU, Rian kurung diri dalam bilik. Nasib baiklah ada Sarah dan Fifi tolong jaga Adam."ucap Hajah Roziah sambil memandang Adam yang terlelap.
"Takpe Sarah gan Kak Fifi jaga Adam. Mak takyah risau pasal Adam."ucap Sarah dan meletakkan Adam di babycot didalam biliknya.
Sarah mengambil babycot dari bilik Syah ke biliknya supaya senang nak jaga Adam.
Sarah juga memasang baby monitor kepunyaan Dahlia sewaktu kecik berdekatan babycot Adam supaya dapat memantau dan mendengar sekiranya Adam menangis.
Setelah selesai Sarah turun kedapur untuk membantu Hajah Roziah yang telah turun dahulu dan bantu sediakan juadah berbuka.Selesai masak dan ingin menghidangkan lauk di meja makan baby monitor mengeluarkan suara bayi menangis. Sarah yang baru meletakkan lauk dimeja bergegas ke dapur untuk mengambil display.
"Sarah naik dulu eh mak"ucap Sarah sambil membasuh dan mengeringkan tangannya dengan tisu.
"A'ahhhh naiklah tinggal lauk ayam ni je yang tinggal."ucap Hajah Roziah yang mengauk lauk ayam merah kedalam mangkuk disebelahnya.
"Okayyy"ucap Sarah dan bergegas ke arah biliknya untuk memenagkan Adam.
Adam yang mula berlatih berdiri, berdiri sambil memegan palang babycot sambil menangis.
YOU ARE READING
MINE LITTLE HERO
FantasySyah seorang gadis yang mempunyai semangat yang kuat,suka menolong,kuat loyar buruk,menyakat orang dan sifat keibuan .Pada satu hari syah mendapati dirinya menjadi ibu exprese kerana perlu menjaga bayi berumur 8 bulan,ibunya tidak dapat menjaga anak...