"Yahooo!sekolah dah nak mula tiga hari lagi,lamanya tak jumpa fifa gan dijah"sorak syah didalam bilik sambil menyusun barang untuk pergi sekolah,"baik siapkan semua barang sekolah dulu nanti tak kelam kabut,betul tak"omel syah pada diri sendiri sambil senyum
Pintu bilik syah terkuak dan wajah ibunya terjenguk di sebalik pintu biliknya,"apa syah buat sampai bising-bising?" soal ibunya pada syah yang sedang menyiapkan barang sekolahnya.
Syah terkejut apabila biliknya diserbu oleh ibuny tiba-tiba, dalam beberapa saat syah terdiam kerana terkejut,setelah hilang terkejutnya syah menjawab pertanyaan emaknya.
"tak ada apelah mak,syah susun barang untuk pergi sekolah nanti takut kelam kabut nanti"balas syah pada ibunya yang sedang berdiri dipintu biliknya
Hajah roziah berjalan menuju kearah syah,"rajinnya anak mak ni"sengih syah bila dipuji oleh ibunya
"mestilah kena rajin nanti dah nak SPM"siap kemas barang syah sertai ibunya yang duduk di katil.
"tahu pun syah nak SPM tahun depan,so bawak kurangkanlah perangai budak-budk tu ehh"ujah hajah roziah pada syah yang dah duduk disebelahnya.
"alaaaaaa memang kena kurangkan ke kalau nak tingkatkan boleh tak??"soal syah sambil buat mimik muka pada ibunya.
Hajah roziah yang dengar syah cakap bergitu memiat telinga syah sebab kenakannya dengan loyar buruknya.
Syah yang tengah tersengih terus berubah muka bila rasa telinga dia dipiat oleh ibunya.
"aduh makk aduhh......maaf maaf,syah tak buat lagi dah"terjerit syah bila telinga dia terua dipiat sampai merah.
Hajah roziah lepaskan telinga anaknya yang kemerahan,"haaa tulah kenakan mak lagi"sengih hajah roziah bila melihat muka masam anaknya
"habis merah telinga syah ni,tahulah kulit syah ni putih melepak"sambil merungut sempat lagi puji diri sendiri apalah anak dara aku sorang ni,omel hajah roziah dalam hati tapi terhibur juga hatinya bila melihat perangai anaknya.
"Yelah memang kulit di putih pun."balas Hajah roziah dan lihat syah sedang gosok telinganya yang merah sebab dipiat olehnya, "oklah mak nak turun dulu." ujah hajah roziah bangun dan menuju ke arah pintu bilik syah.
Syah yang lihat maknya menuju ke pintu bilik tiba-tiba perutnya rasa lapar , "mak jap"jerit syah berlari ke maknya yang berada diluar biliknya.
hajah roziah yang mendengar jeritan syah berhenti dan menoleh ke syah, "ah nape jerit-jerit ni?"soal hajah roziah.
"syah laparlah" sengih syah bila tengok muka maknya yang terkejut.
"biar betul syah ni dah nak masuk pukul 12 dah ni masih lapar lagi ke?"soal hajah roziah pada syah yang tersengih dihadapannya.
"hihihihi boleh mak masakkan maggie untuk syah tak?"syah cuba bodek maknya dengan mengelipkan matanya beberapa kali.
"ehhh syah boleh masak sendirikan napa nak mak masakkan jugak?"hajah roziah pandang anaknya, syah pelik.
"alaaaaa nak mak yang masak dah lama tak makan meggi mak masak"bodek syah lagi
hajah roziah yang malas nk layan anaknya hanya iakan je untuk masakkan meggi untuk syah. "cepatlah sediakan maggia yang syah nak, mak tolong masak je bahan-bahan semua syah sediakan"arah hajah roziah pada syah yang berdiri di depan sinki untuk ambil mangkuk.
"beress boss"tabik syah lalu sediakan bahan nak masak maggi.
Selesai je hajah roziah masak maggi syah, abangnya daniel dan dani turun kebawah untuk minum air.
"ehhh budak kuat merajuk ni tengah makan malam-malam ni"sakat dani bila tengok adiknya tengah makan.
"betul tu nanti gemuk padan muka"tambah danial sambil mengambil sedikit maggi syah yang duduk di meja makan.
Syah yang tengok abangnya makan magginya terus mengadu pada maknya, "mak tengok along dengan angah ni!!kacau syah makan"
Hajah roziah yang tengok muka masam syah yang disakat oleh abang-abangnya, "danial dani nape kacau syah tengah makan" tegur hajah roziah pada anak bujangnya dua orang.
Danial dan dani gerak naik bilik masing-masing sambil bawa air naik kebilik bila ditegur oleh maknay, "ialah kitaorang tak kacau syah makan dah" sempat dani serabutkan rambut syah.
"ishhhhh...angah jangan lupa esok bawak syah dengan haqi gi c&m kafe tau?"syah ingatkan dani sebelum dani masuk ke biliknay.
"ia angah tak lupa"balas dani
Selesai syah makan, syah menuju kearah sinki untuk basuh pinggan dan menuju kearah maknya yang temannya makan, "assalammualaikum and selamat malam mak"ucap syah sambil salam tangan maknya sebelum tidur.
"waalaikummusalam selamat malam jugak"hajah roziah balas ucapan sya dan cium pipi syah, syah menujuke arah biliknya dan duduk dibirai katil untuk sementara makanannya hadam.
Beberapa minit kemudian syah sudah lena sambil peluk patung beruang sederhana besar darinya yang bernama mrs teddy.
YOU ARE READING
MINE LITTLE HERO
FantasySyah seorang gadis yang mempunyai semangat yang kuat,suka menolong,kuat loyar buruk,menyakat orang dan sifat keibuan .Pada satu hari syah mendapati dirinya menjadi ibu exprese kerana perlu menjaga bayi berumur 8 bulan,ibunya tidak dapat menjaga anak...