Bab 36

232 12 0
                                    

Sampai saja Rian di wad Adam, katil yang di dukuki Adam kosong. Rian segera mencari telefonnya dan cuba menghidupankan tapi malangnya telefon kepunyaan Rian habis bateri.

"Aduhhhh habis bateri pulak. Asallah aku tak ingat nak cas semalam"ucap Rian sambil menepuk dahinya.

Rian yang risau ingin pergi ke kaunta nurse tapi nurse yang sama memberi Adam ubat kebetulan menuju ke arah katil Adam.

"Nurse Adam kat mana ye?"soal Rian.

Nurse yang kenal muka Rian terus menjawab" Adam kat wad rawatan rapi. Tadi bila Adam bangun dia terus menangis dah macam cara puan Sarah memujuk tapi Adam masih menangis. Puan Sarah ada cuba telefon encik tapi tak dapat. Pada masa yang sama suhu badan Adam naik mendadak, so Adam sekarang berada dibawah pantauan 24 jam "jawab nurse dan menuju ke katil Adam untuk mengemaskannya.

Rian yang dengar jadi risau, lepas mengucapkan terima kasih Rian terus berjalan ke ruang rawatan rapi dan kelihatan Sarah berada disitu.

"Kak Sarah macam mana dengan Adam"ucap Rian sambil mengstabilkan pernafasannya semula.

"Ya Allah Rian, kamu pergi mana?penat akak telefon tak dapat-dapat"ucapa Sarah risau bila menelefon Rian tidak diangkat.

"Telefon Rian habis bateri"ucap Rian.

"Macam mana suhu badan Adam naik tiba-tiba?"soal Rian sambil melihat keadaan Adam yang di rawat.

"Akak pun tak tahulah. Tadi dia bangun terus menangis tapi sebelum tu rasanya dia macam cari Rian tapi bila tengok Rian takde, Adam terus nangis tak berhenti"ucap Sarah risau dengan keadaan Adam yang bertukar 180 degree.

Rian yang dengar mula salahkan dirinya, "patutnya aku duduk je sebelah Adam sampai dia bangun."ucap Rian dengan muka kemerahan.

"Patutnya aku yang jaga Adam sampai sihat, semua salah aku. Asallah aku ni bodoh sangat ikutkan perasaan sampai abaikan Adam. Aku dah janji dengan Syah untuk jaga Adam tapi.."ucap Rian dalam hati yang duduk dibangku dan memegang kepalanya.

Rian yang terus-terusan salahkan dirinya merasa ada tangan di bahunya.

Rian mengangkat kepala bila melihat muka Dani yang berada disebelahnya cuba mengstabilkan nafasnya.

"Rian aku baru dapat call dari nurse yang rawat Syah"ucap Dani.

Rian yang dengar nurse yang rawat Syah terus diri dan mengenggam bahu Dani.

"Dani nape dengan Syah? Doktor cakap apa?"ucap Rian dengan nada sedikit tinggi.

"Syah dah mula sedar tapi keadaan Syah memburuk secara mendadak"ucap Dani dengan kerutan di dahi.

"A...a...apaa macam mana boleh jadi macam tu tadi aku lawat Syah dia okay je"ucap Rian dengan kerutan muka sedih dan terduduk dilantai.

Dani yang tengok Rian terduduk memapah Rian untuk duduk di kerusi.

"Pergilah kat Syah, mak, ayah dan yang lain semua ada kat sana. Biar aku gan Sarah yang tunggu Adam."ucap Dani.

Rian yang dengar mengelengkan kepalanya, " tak tak aku kena tunggu Adam. Aku kena tahu keadaan Adam macam mana"luah Rian yang dilema mahu pergi ke Syah atau menunggu Adam.

Pada masa yang sama dokto yang merawat Adam keluar dari ruang rawatan. Rian terus menerpa ke arah doktor tersebut.

"Macam mana keadaan anak saya, Adam doktor?"soal Rian dengan muka kerisauan.

"Alhamdullilah keadaan Adam dah stabil tapi kami masih perlu pintau keadaan Adam untuk 24 jam lagi"ucap Doktor dan meminta diri.

Rian yang dengar menhelakan nafas lega bila keadaan Adam membaik tapi cuma sekejap saja bila Rian ingat semula situasi Syah.

MINE LITTLE HEROWhere stories live. Discover now