Happy New Year
Selamat Tahun Baru😆😆😆Novel akan berakhir lagi 2 chapter. Author ingin ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada yang setia menunggu update dari author dan minta maaf kerana perlu menunggu hampir 2 tahun untuk novel "My Little Hero" to end
Enjoy and Happy New Year
############################Dua hari kemudia pada hari khamis
"Betul ke Rian nak bawak Adam sekali" ucap PS Sofia yang sedang mendukung Adam.
Rian yang sedang memakai kasut berdiri setelah selesai memakai kedua-dua belah kasutnya.
"Nak buat macam mana ma, Adam bukan boleh tak tengok muka Rian depan muka dia"ucap Rian dan cuba mengambil Adam dari dukungan mamanya.
Tapi PS Sofia mengelak tangan Rian mengambil Adam kerana dia takut Adam tak selesa dan menganggu kerja Rian.
"Takpe mama boleh handle Adam"ucap PS Sofia yakin.
Rian mengangkat kening sebelah mendengar kata-kata mamanya yang pernah ditewaskan dengan tagisan nyaring Adam satu ketika dulu.
"Mama pasti?Mr Itdaori tak kisah Rian bawa Adam sekali"soal Rian untuk kepastian dan menyatakan tiada masalah membawa Adam ke pejabat.
"Ye mama pasti"ucap TS Sofia yakin
"Okay kalau macam tu Rian pergi dulu assalammualaikum"ucap Rian setelah menyalam tangan PS Sofia dan menyium pipi Adam.
Adam yang nampak papanya makin menjauh mula menangis dan meronta untuk pergi ke papanya. Rian yang baru sahaja membuka pintu mendengar suara tangisan Adam.
"Pergi je Rian nanti lambat pandailah mama pujuk Adam nanti"ucap PS Sofia sambil memujuk Adam.
Rian angguk dan terus menghidupkan kereta dan berlalu ke perjabat. Tak sampai sesuku perjalanan Rian keperjabat Rian menerima panggilan dari Riana yang cuti sakit.
"Assalammualaikum abang, abang patah balik boleh tak Adam dah mula baling-baling barang ni"ucap Riana dan terdengar suara latar belakang PS Sofia yang menghalang Adam membaling mainannya.
Rian hanya mampu tersenyum, nasib baik banyak masa lagi, " okay abang patah balik" balas Rian dan menjawab salam dalam hati.
Rian sampai ke rumah dan dari luar dapat dengar suara tangisan Adam.
"Adam Adam kuat betul suara kalau Syah ada ni mengucap panjang dia dengar suara nyaring Adam" ucap Rian perlahan dengan muka sedih.
Rian memberi salam dan pergi ke ruang tamu yang bersepah dengan mainan yang di baling Adam.
"Huwaaaa huwaaaaaaa hicc hicc"suara tangisan Adam kedengaran sayu je cepat-cepat Rian pergi ke Adam di atas karpet dengan muka merah menangis.
"Alololo anak papa ni"ucap Rian sambil gerak kearah Adam yang menagis.
Riana dan PS Sofia bernafas lega Rian sudah sampai dan Adam berhenti menangis.
Untuk kali ke2 PS Sofia ditewaskan oleh tangisan Adam.
"Haihhhhhh manja nohh Adam ni Ian"ucap PS Sofia pada Rian yang sedang mendukung Adam untuk menenagkannya dari menangis.
Rian hanya tersengih dengan ayat mamanya. "Nak buat macam mana kadang-kadang Ian pun pening"ucap Rian menyapu air mata Adam.
"Kan senang kalau Syah ada"ucap PS Sofia terlepas.
Rian terkaku seketika mendengar nama Syah dan mula sedar semula lalu bangun.
PS Sofia terkedu dengan ayat yang terkeluar dari mulutnya, "Ian.."panggil PS Sofia.
"Ian okay ma. Ian gerak dulu ehh dah nak pukul 9.15" ucap Rian lalu salam mamanya sekali lagi dan bergerak ke arah keretanya.
YOU ARE READING
MINE LITTLE HERO
FantasySyah seorang gadis yang mempunyai semangat yang kuat,suka menolong,kuat loyar buruk,menyakat orang dan sifat keibuan .Pada satu hari syah mendapati dirinya menjadi ibu exprese kerana perlu menjaga bayi berumur 8 bulan,ibunya tidak dapat menjaga anak...