Rian tahu apa yang sedang dikatakan oleh Syah dan membalasnya, " aku tahu kau marah, sedih lagi-lagi kecewa dengan apa yang aku cakap tapi sebabkan budak tu ko terlentar kat ICU sekarang ni. Kalau bukan disebabkan dia kau akan ada dengan aku SEKARANG NI!" Ucap Rian sambil menunding jari kearah Adam yang tertidur dengan muka dan nada yang marah.
Syah yang dengar rasa sangat sedih dan kecewa dengan perangai Rian yang masih menyalahkan Adam.
"Adam perlukan kau sekarang ni Rian. Adam perlukan papa dia janganlah buat Adam hilang sekali lagi keluarga dia. Adam perlukan kau sangat-sangat sekarang ni. Kalau terus macam ni nyawa Adam mungkin dalam bahaya. Tolonglah Rian... kau dah janji jaga Adam untuk aku"ucap Syah dengan nada yang lembut serta air mata.
Rian yang dengar apa yang dikata Syah terkejut dan mula berlembut hati tapi cuma seketika saja kerana mukanya mula mengeras semula.
"Peduli apa aku dengan dia semua ni salah dia. Apa kaitan dengan aku, kalau budak tu okay ke tak"ucap Rian sambil menyilangkan tangannya di dada.
Syah terdiam dengan kata-kata Rian dan hanya memandang muka Rian lama lalu tersenyum sedih, "kalau macam tu apa yang kau rasa, aku bawa Adam sekali supaya dia tidak terus disalah atas apa yang tidak dibuat oleh orang yang sangat di sayang bila besar terutamanya sekarang. Biarlah aku bawak Adam sekali dengan aku. Selamat tinggal Aryyan" ucap Syah dan mula berlalu meninggalkan Rian.
Rian yang sedar dari marahnya terus mengejar bayangan Syah dan Adam yang kian menghilang. Rian juga mula menyesal atas apa yang dikata dan dirasainya terhadap Adam apabila Adam bangun memandangnya dengan air mata yang menitis diatas bahu Syah.
"SYAH ADAM JANGAN TINGGALKAN AKU, JANGAN TINGGALKAN PAPA SAYANG...PAPA MINTAK MAAF SEBAB MARAH DAN SALAHKAN ADAM ATAS APA YANG BERLAKU PADA IBU. PAPA TAK MAKSUDKAN APA YANG PAPA CAKAP... ADAM SYAH JANGAN PERGI ." Jerit Rian sambil mengejar bayangan Syah dan Adam yang kian menjauh dan menghilang.
Rian melutut bila banyangan dua orang yang paling disayangi hilang, "Ya Allah aku berdosa denganMu. Ampunlah aku kerana tidak menerima qada dan qadar kau dan terus menyasalah Adam atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Aku mohon padaMu Ya Allah janganlah kau mengambil dahulu dua orang yang paling aku sayang"ucap Rian dengan suara yang tersangkut dengan tangisannya.
"Berilah aku peluang untuk perbetulakan kesalahan aku untuk beri kebahagiaan pada Syah dan Adam Ya Allah. Berilah aku peluang Ya Allah" doa Rian lagi sambil menangis.
*****
TS Adrian yanh naik keatas untuk mengejut Rian, bergegas ke bilik anak lelakinya bila mendengar suara Rian yang kuat."Syahhh jangan tinggalkan aku, Syahhh..Adam jangan tinggalkan papa, Adammm"gumam Rian dalam tidurnya dan gerakan tangannya seakan cuba mencapai dua insan kesayangannya.
"Syahhhh, Adammm jangan tinggalkan aku"tangis Rian dalam tidurnya.
"Rian ehhh Rian" ucap TS Adrian sambil menepuk pipi Rian yang megigau.
Beberapa kali percubaan mengejutkan Rian gagal, TS Adrian menyuruh Raisyah yang baru memasuki bilik abangnya untuk mengambil air sedikit untuk mengejuk Rian.
Raisyah mengambil cawan yang sememang ada di meja tidur sekiranya dahaga waktu malam dan bergesa ke bilik air untuk mengisi air kerana botol air di bilik Rian sudah habis.
Setelah mengisi air didalam cawan Raisyah memberi cawan berisi air kepada papanya.
TS Adrian merenjis-renjis air ke muka Rian dan akhirnya percubaan tersebut berjaya.
Rian yang tersedar terus mengengam bahu TS Adrian dan bercakap apa yang dilihatnya
"Paaa Syah gan Adam tinggalkan Ian, pa~"adu Rian.
YOU ARE READING
MINE LITTLE HERO
FantasySyah seorang gadis yang mempunyai semangat yang kuat,suka menolong,kuat loyar buruk,menyakat orang dan sifat keibuan .Pada satu hari syah mendapati dirinya menjadi ibu exprese kerana perlu menjaga bayi berumur 8 bulan,ibunya tidak dapat menjaga anak...