"apa mak ayah kau ajak pergi bercuti?kat mana?"soal Aqila apabila Syah mengajak dia ikut sekali dalam percutian keluarganya dan Rian.
"Ya, kat Port Dickson, PD. Macam mana nak ikut tak?"tanya Syah sambil menyuapkan Adam makan yang masa bermain dengan baby walker.
Sejak ada baby walker, Adam lebih suka berdiri dan berjalan gunakan baby walker tu sampai Syah nak suap makan pun susah.
"Mestilah nak ikut. Sapa lagi yang pergi?"tanya Aqila sambil tengok Adam berjalan.
"Keluarga aku semua sekali gan keluarga along dan angah"jawab Syah sambil suakan sesudu air pada Adam.
"Hmmmm kawan boss kau tu ikut tak?"soal Aqila.
Syah pandang Aqila semacam, "ikut kot aku pun tak tahu. Nape kau suka dia ehh"sakat Syah sambil sengih-sengih pandang Aqila.
"Ma..mana ada"dalil Aqila dengan pipi merah dan terus pandang tv balik.
"Kalau tak suka asal pipi kau merah?"sengih Syah dapat kenakan Aqila.
Aqila terus bangun dan ambil Adam bawak keluar sebab nak lari dari soalan Syah.
"Kau nak bawak mana anak aku tu? Dia baru lepas je lepas makan"ucap Syah bila Aqila ambil Adam tiba-tiba.
"Culik jap asyik duduk dalam rumah je biarlah dia keluar kejap" balas Aqila sambil bawak Adam keluar rumah.
Syah hanya membiarkan Aqila bawak Adam keluar," jangan lama sangat!"ucap Syah pada Aqila yang dah diluar rumah.
"Yelahhh kejap je! Culik betul-betulkan baru tau"bebel Aqila.
Adam yang berada didukungan Aqila hanya tengok dan senyum tayangkan dua giginya pada Aunty aqi dia.
##############
Esok pagi Syah dan Aqila bersiap untuk bertolak ke PD dengan yang lain.
"Dah siap kemas baju?"soal Aqila sambil temgok Syah yang tengah masukkan bajunya dan Adam dalam bagasi.
Syah angguk sambil zip bagasinya. "Ok jom nanti lambat pulak"ucap Syah sambil slow-slow dukung Adam yang tidur.
"Aqi tolong bawak turun bag aku eh" ucap Syah dan ambil beg kecik untuk keperluan Adam.
Aqila bawak turun beg Syah, "apa yang minah ni bawak dalam ni nampak je kecik tapi berat betul"ucap Aqila susah payah bawak turun bagasi Syah.
Sampai kat bawah Aqila tegakkan pinggang dia, "nasib baik beg aku dah masukkan dalam kereta kalau tak kena naik balik amik beg"bebel Aqila sambil tarik bagasi Syah untuk masukkan dalam kereta.
"Syah cepatlah. Tadi kau yang suruh cepat takut lambatlah ni kau yang lambat"ucap Aqila bila Syah masih tak turun lagi bila Aqila masuk balik kedalam rumah.
"Japp cari bear Adam jap tadi"ucap Syah sambil turun.
Tadi dia dah nak turun tapi bila perasan dalam beg kecik Adam tak de bearnya terpaksalah Syah cari takut nanti Adam nangis kalau bearnya tak ada.
"Ehhhhh dah bangun budak motel ni"ujah Aqila sambil cuit hidung Adam.
Adam yang baru bangun muka terus merengek dan sembamkan mukanya pada dada Syah.
"Ehhhh nape pulak ni?"soal Aqila pelik selalunya Adam okay kena cuit.
"Nape pulak dengan Adam ni?"soal Aqila lagi pada Syah yang tengah pujuk Adam yang tiba-tiba meragam.
"Kan dia baru bangun tidur yang kau cuit dia buat pe meragamlah jadinya"balas Syah yang masih pujuk Adam.
Aqila makin pelik,"okay je kot orang cuit dia walaupun baru bangun tidur" ucap Aqila sambil bergerak tutup pintu rumah.
YOU ARE READING
MINE LITTLE HERO
FantasySyah seorang gadis yang mempunyai semangat yang kuat,suka menolong,kuat loyar buruk,menyakat orang dan sifat keibuan .Pada satu hari syah mendapati dirinya menjadi ibu exprese kerana perlu menjaga bayi berumur 8 bulan,ibunya tidak dapat menjaga anak...