Bab 23

313 14 1
                                    

Setelah penat melayan Adam. Syah dan Rian pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan Adam masih berada didukungan Rian.

Apabila sampai dihadapan pintu bilik masing-masing Rian nak serahkan Adam pada Syah tapi Syah menyuruhnya bawa Adam masuk ke biliknya dahulu.

"Kau bawak Adam masuk bilik kau dululah nanti ganggu tidur dia jadi macam tadi kang"ucap Syah dan ingin bukak pintu biliknya.

"Ehhhh nanti dia bangun macam mana?"soal Rian panik sebab takut Adam bangun dia tak tahu nak buat apa.

Syah yang dengar masuk ke bilik lalu ambil bear yang ada dikatilnya dan bagi pada Rian.

"Ni bear dia nanti bangun kau bagi dia ni kalau tak jalan jugak pandai kaulah layan dia"ucap Syah sambil tersenyum dan lalu masuk kebiliknya.

"Ehhhhh kau ni"belum sempat Rian cakap apa-apa lagi Syah dah tutup pintu.

Rian bergerak kebiliknya dan tutup pintu perlahan-lahan agar Adam tak terjaga.

Rian baringkan Adam di atas katil dan meletakkan bantal kiri Adam supaya Adam tak jatuh manakala Rian baring di kanan Adam untuk legakan badannya yang seharian bermain kuda dengan Adam dan Syah.

Rain tersenyum teringat karenah Syah dan Adam masa tengok kuda tadi pastu teringat balik masa Syah dan keluarga dia bercuti sekali dengan keluarga dia dekat villa keluarga dia

Sebelum mereka rancang nak bercuti ke PD mereka ada juga bercuti ke villa keluarga Rian yang ada kandang kuda sekali dengan Adam.

"Rian aku nak tunggang kuda kau tu boleh tak?"soal Syah sambil pandang Rian.

"Tungganglah kalau dia nak dengan kau"ucap Rian sambil belai kepala kudanya.

"Asal pulak kau cakap macam tu?"soal Syah pelik dengan ayat Rian.

"Kuda aku ni liar sikit, dia tak bagi orang lain tunggang dia melainkan aku" ucap Rian sambil melayan Adam pegang kepala kuda.

Syah tengok kuda Rian yang ada didalam kandang lama dan ambil keputusan untuk menunggangnya juga.

Syah bukak kandang dan tarik tali yang terikat.

Rian hanya tengok dan gelengkan kepalanya kerana dia tahu yang Syah tak akan dengar cakapnya.

"Kau ni betul-betul nak tunggang kuro(hitam)?"soal Rian.

"Betullah kalau tak betul buat apa aku keluarkan dia dari kandang"ucap Syah sambil mintak tolong pekerja di kandang kuda tu untuk siapkan Kuro untuk ditunggang.

Pekerja yang disuruh Syah pandang Rian sebab dia tahu akan perangai Kuro bila bukan tuannya yang tunggang.

"Bagi je dia tunggang nanti dah jatuh seriklah dia nanti"ucap Rian dan benarkan Syah menunggang kudanya.

Pekerja tersebut siapkan kuda untuk ditunggang dan bawanya ke tempat untuk mudahkan Syah naik.

Beberapa kali percubaan Syah untuk naik gagal bila Kuro asyik bergerak bila dia ingat naik. Rian yang tengok tersenyum tengok muka kerut Syah. Adam yang ada sekali hanya tepuk tangan dan ketawa tengok ibunya gagal naik atas Kuro.

Syah makin bersemangat dan tak putus asa lagi tengok Rian dan Adam ketawakan dirinya. Sekali lagi Syah cuba naik tapi gagal juga jadi Syah turun dan pergi ke kandang kuda tinggalkan Rian dan Adam dibelakang.

Rian yang tengok Syah, "Dah putus asa ke cik kak oiii"jerit Rian sambil sengih.

Syah tak pedulikan Rian dan terus berjalan masuk ke dalam kandang. Syah keluar semula membawa sesuatu iaitu sugat cube.

MINE LITTLE HEROWhere stories live. Discover now