BAB 27

350 14 3
                                    

"ehhhhhh bukan aku jalan nak masuk bilik ke tadi"omel Syah dalam hati bila rasa dirinya dikelilingi oleh air.

Bila Syah sedar yang dirinya terjatuh dalam kolam, dia mula panik dan menyebabkan air masuk dalam hidung dan mulutnya kerana pergerakannya yang tak teratur.

"Syahh"
"Kak Syah"

Jerit Rian, Raisyah dan yang lain bila nampak Syah mula panik dan menyukarkannya untuk menstabilkan dirinya.

Rian, Shahru dan Aqila terus tuju ke arah Syah manakala Raisyah dan Riana menjaga Adam.

Aqila mencapai tangan Syah yang terkapai dan cuba untuk menstabilkan kedudukan badan Syah tetapi terlepas kerana pergerakan Syah yang terlalu panik menyebabkannya Aqila sukar memeganggan Syah dengan betul.

Rian yang tengok Syah yang masih terkapai dan Aqila yang masih cuba menenangkan Syah supaya mencecahkan kakinya ke lantai tapi gagal terus bertindak menyelam dan memeluk pinggang Syah untuk mengangkatnya dari dalam kolam.

Syah yang rasa dirinya naik ke atas dan peluk pinggangnya terus memeluk leher orang yang mengangkatnya.

Rian yang tinggi dari Syah dengan mudah mengangkat separuh tubuh Syah keluar dari air supaya air kolam tidak terus masuk ke hidung dan mulutnya.

Syah terus menangis dan memeluk erat leher Rian takut dia akan jatuh balik ke dalam air.

"Shhhhh shhhh dah dah semua dah okay dah"pujuk Rian sambil membelai kepala Syah yang menangis.

Syah meluahkan rasa marahnya bila diorang tak dengar nasihatnya dan menyebabkan dirinya jatuh kedalam kolam.

"A aku d dah cakapkan su suruh berhenti a a asal korang tak nak dengar"luah Syah sambil tersendu-sendu nangis.

Rian yang rasa bersalah kerana dia yang mulakan terus pujuk Syah untuk berhenti menangis sambil bergerak ke tepi kolam

"Dahlahh tu nangis buruk dah muka kau tu"ucap Rian dan angkat Syah untuk duduk di tepi kolam.

Lagi kuat Syah nangis bila Rian cakap mukanya buruk.

"Hishhhh kau ni lagi nak cakap macam tukan lagi kuat Syah nangis"marah Shahru sambil siku lengan Rian.

Aqila yang keluar kolam untuk mengambil tuala untuk Syah terus menyelimutkan Syah yang teresak sambil dipujuk oleh Raisyah dan Riana.

"Alalala sorry Syah patutnya kitaorang tak patut main pistol air sampai melimpah air keluar. Sampai buat kau terjatuh lagi Sorry Syah sorry"pujuk Aqila sambil memeluk Syah yang teresak memandang bawah.

"Sorry kak Syah"ucap Riana dan Raisyah serentak.

"Sorry Syah" ucap Shahru pula.

Tangisan Syah mula reda sekali dengan degupan hatinya yang mula kembali stabil.

Rian mengambil Adam dan kelur dari kolam dan ikuti oleh Raisyah, Riana dan Shahru.

"Riana Raisyah pergi tukar baju, Ru kau masuk bilik dulu"ucap Rian sambil cangkung disebelah Syah dengan Adam di dukungannya.

Raisyah, Riana dan Shahru bergerak ketempat masing-masing manakala Rian dan Aqila masih memujuk Syah yang teresak.

Mata, hidung, muka mula merah kerana air yang termasuk dan tertelan oleh Syah bila terjatuh tadi.

Aqila yang sedar mula risau kerana dia tahu Syah akan berkeadaan sebergitu bila masuk dan menyelam ke dalam air.

Kerisauan Aqila mula naik bila Syah batuk keras dan selesema kerana ia akan Syah untuk bernafas dengan baik kerana menyebabkan Syah menghadapi seleseman yang teruk. Lagi-lagi Syah yang punyai resdung.

MINE LITTLE HEROWhere stories live. Discover now