Sorry sangat2 sebab update lambat🥺🥺
TS -Tan Sri
PS - Puan Sri###################
Keadaan Adam beransur baik dari demamnya. Haji Ahmad sekeluarga bermalam dirumah syah untuk beberapa hari jadi Syah meminta cuti dari Rian aka bossnya untuk bawa keluarganya berjalan-jalan bila deman Adam betul-betul sembuh.
Dani kena balik awal kerana ada urusan kerja yang perlukan kehadirannya. Dani adalah jurutera TUDM.
Hanya Dahlia yang tinggal sebab Dahlia nak pergi akuaria KLCC. Terpaksalah Sarah meminta tolong Keluarga metuanya untuk tengokkan Dahlia.
"Tak pe kami tengokkan Dahlia jangan risau"ucap Hajah Roziah yang mendukung Dahlia.
"Terima kasih mak ayah"ucap Sarah sambil bersalaman dengan semua diikuti Dani dan masuk kedalam kereta.
Setelah kereta yang dibawa Dani tidak kelihatan lagi semua masuk semula kedalam rumah.
Nasib baik Dahlia ni jenis tak kisah kena tinggal dengan ibu ayahnya asalkan ada sepupurnya.
"Mak nak mana-mana petang ni?"soal Syah bila semua sudah duduk ruang tamu. Bila sudah sarapan dan hantar Sarah dan Dani balik.
"Mak ingat nak pergi jalan-jalan kat KLCC alang-alang boleh pergi akuaria dan bawak cucu mak sorang ni jalan-jalan, sian dia terperok je dalam rumah. Kan Adam kan"ucap Hajah Roziah sambil mencuit pipi Adam.
Adam ketawa bila ada orang bercakap dengannya dan cuit pipinya.
Nasib baik Adam mudah mesra dengan keluarga dia lagi-lagi ayahnya, Haji Ahmad.
Danial pandang Syah dan buat gerak mulut,"kann".
Syah hanya ketawa saja.
Pada masa yang sama terdengar pintu hadapan diketuk, "tok..tok..tokk" Syah bagi Adam pada Hajah Roziah dan bangun untuk bukak pintu.
"Assalammualaikum"suara orang diluar memberi salam.
"Waalaikummusalam" balas syah sambil membuka pintu untuk menyambut tetamh diluar.
"Ohhh aunty sofia sekeluarga rupanya..masuklah" Syah menjemput PS Sofia dan keluarganya masuk.
"Syah sapa tu?"soal Hajah Roziah sambil memandang ke pintu.
Hajah Roziah bangun bila yang datang adalah kawan baiknya, Sofia.
"Ohhhh sofia sekeluarga rupanya."ucap Hajah Roziah sambil bersalaman dengan PS Sofia dan anak daranya.
"Yeeee akulahh yang datang"ucap PS Sofia sambil berlalu menuju ke ruang tamu bersama Hajah Roziah.
"Sihat?"tanya PS Sofia bila mereka semua sudah duduk di sofa.
"Sihat je. Kau?"soal Hajah Roziah pula sambil mendukung Adam
"Sihat, alhamdulilah"balas Puan Sri Sofia lalu mencuit pipi Adam yang asyik memandangnya.
Syah berlalu ke dapur untuk sediakan air untuk tetamu yang datang. Sedang syah membasuh tangan Rian datang dari belakang.
"Nah kuih mama bawak dari rumah"ucap Rian dari belakang Syah.
Syah yang berkejut tersimbah Rian dengan air yang ada ditangannya.
Rian dan Syah pandang satu sama lain dan tengok tombokan air yang berada ditengah-tengah baju Rian.
"Sorryy"Syah mintak maaf pada Rian sambil ambil tisu yang berada di atas meja dan tekap ditempat basah.
Rian tak jadi nak marah sebab memang salah dia terkejutkan Syah.
YOU ARE READING
MINE LITTLE HERO
FantasySyah seorang gadis yang mempunyai semangat yang kuat,suka menolong,kuat loyar buruk,menyakat orang dan sifat keibuan .Pada satu hari syah mendapati dirinya menjadi ibu exprese kerana perlu menjaga bayi berumur 8 bulan,ibunya tidak dapat menjaga anak...