BAB 15

319 14 0
                                    

Selesai memilih makanan dan membuat pembayaran terlebih dahulu Rian dan Shahru menuju semula kearah meja mereka dan bila semakin dekat mereka lihat meja telah diambil orang.

"kan aku dah cakap tapi kau tak dengar"bebel Shahru tentang sikap Rian yang ambil mudah.

"tapikan macam kenal je perempuan tu"ucap Shahru bila memandang wajah aqila lama tapi dia tidak ingat dimana dia pernah melihat muka itu.

"yelah yelah aku salah tapi meja tu aku punya"balas Rian sambil berjalan kearah meja yang diduduki oleh syah dan aqila.

Rian cam siapa yang duduk dimeja mereka itu ialah setiausahanya syahira dan kawannya tapi dia tak pernah nampak budak kecik yang berada didukungan syah.

Syah yang perasan akan kehadiran Rian hanya buat tak tahu, syah tahu yang bosnya berada di sini kerana masa ingin masuk ke restoran Hajah Aisyah, syah nampak bosnya sedang leka memilik lauk dan tak perasan akan kehadirannya.

"maaf ye cik meja yang cik berdua duduk ni meja kami"ucap Rian sambil cuba berlembut dengan setiausahanya dan tahan diri dari bergaduh dengan syah.

"ohh ye ke tak ada nama pun kat meja ni"ujah syah sambil mencari nama Rian di meja tersebut.

Rian yang lihat perilaku syah mula naik angin, entah kenapa kalau berjumpa saja dengan syah mesti gaduh kalau bukan dia mulakan syah yang akan mulakan.

Aqila dan Shahru yang lihat akan berlaku pertengkaran antara syah dan rian cuba menenagkan mereka.

"dah tak yah nak gaduh-gaduh macam budak kecik je perangai korang ni"marah Shahru pada Rian dan Syah yang sedang memandang satu sama lain dengan tajam.

"betul tu pasal meja je pun ada dua tempat kosong lagikan"balas aqila dan mengiakan cakap Shahru.

"duduklah"pelawa Aqila dengan baik.

Shahru dan Rian duduk di kerusi kosong yang berada disebelah Aqila dan Syah, syah bermasam muka bila terpaksa duduk disebelah bos yang menyakitkan hatinya.

Rian yang perasan akan riak muka syah hanya buat tak endah je dan terus memandang bayi yang berada dipangkuan syah sedang bermain dengan teddy bearnya.

"Comelnya nak cubit-cubit je pipi"ucap Rian dalam hati.

"anak awak ke?"soal Shahru pada syah yang sedang melayan adam.

"a'ahhh"balas syah tak teragak-agak.

Rian yang dengar terkejut dan memandang syah pelik.

"bila pulak kau kahwin"soal Rian dengan nada pelik.

Syah padang Rian," tak kahwin pun"ujah syah sambil terus memandng aqila.

"dah tuu budak ni cakap anak kau"balas Rian sambil memandang syah dengan kerutan didahi.

"memanglah anak aku"balas syah lagi sambil mempermaikan Rian.

Rian yang rasa dipermaikan mula ingin perang mulut.

Aqila yang lihat Syah mempermainkan Rian terus menjawab bagi pihak syah.

"adam anak angkat syah"ucap aqila sambil memandang Rian.

Syah memandang aqila kerana membongkarkannya.

Rian yang dengar aqila kata bergitu terus meredakan kemarahannya.

"Ohhhhh anak angkat rupanya" ujah Rian dan lepaskan nafas lega.

"Ehhhhh" Rian terkejut 

Muka Rian berkerut-kerut kerana peniang kenapa dia berasa lega bila mendengar apa yang dicakap oleh Aqila.

MINE LITTLE HEROWhere stories live. Discover now