Bab 25

311 11 1
                                    

"Pasti??"soal Riana sambil minum air mineral ditangannya.

Rian yang pandang Riana minum air mineral yang dimintanya tadi terkebil-kebil kejap.

"Kalau air Riana yang aku mintak tadi ada kat dia? Jadi air sape aku minum ni?"soal Rian sambil pandang botol air mineral yang dah kosong ditangannya.

Rian terus pandang Syah yang sedang rancak berbual dengan mamanya dan mak dia.

Bila dia sedar air yang dia minum adalah air Syah cepat-cepat dia campak botol kosong di dalam tong sampah yang berdekatan.

Riana yang perhati abangnya, tahan gelak sebab tindakan reflek Rian yang hapuskan bukti dia minum air Syah sampai habis ke dalam tong sampah.

"Angah mana air mineral Syah tadi?" Soal Syah pada Dani yang baru tiba dari menukar bajunya.

"Bila pulak angah mintak air kau?"soal Dani balik bila ditanya.

"Tadikan angah mintak air uda"ucap Syah sambil kerut dahinya bila dengar apa yang Dani cakap.

Rian yang dengar hanya buat tak tahu dan terus ambil beg pakaiannya untuk tukar pakaian supaya tak di soal Syah.

Syah yang pelik tentang kehilangan botol mineralnya terus menyoal Dani lagi.

Riana menahan ketawanya dengan menutup mulutnya dengan tangan bila tengok Syah terus menyoal Dani manakala pesalah yang sebenar, Rian telah selamat melarikan diri bersama Shahru.

#########

"Aku peliklah macam mana air mineral aku hilang macam tu je"ucap Syah pada Aqila waktu mereka menuju ke ruang tukar pakaian.

Aqila yang dengar hanya mampu menahan dirinya senyum supaya Syah tak nampak.

Aqila dan Riana menjadi penonto tetap mengenai "kehilangan air mineral Syah" kerana mereka berada dekat.

Aqila yang perasan Syah menberi air mineralnya pada orang dibelakangnya, nampak Rian mengambilnya dan minum air tersebut sehingga habis.

Bila Aqila tengok situasi tu dia terus pandang Riana yang juga tengok situasi yang sama.

Bila merek dua-dua pandang satu sama lain, mereka cuba tahan ketawa mereka sepanjang drama yang berlaku.

"Alaa lepaskan jelah dah tak boleh buat apa dah, botol air mineral pun kau tak nampakkan."ucap Aqila sambil tahan ketawanya bila ingat balik drama yang berlaku.

"Tu yang aku lagi pelik botol mineral tu pun lesap"ucap Syah sambil garu kepalanya.

Aqila yang dari tadi tahan ketawanya, akhirnya tergelak perlahan bila tengok muka kerut + pelik Syah mengenai botol mineralnya yang lesap di buang Rian.

"Kau dah kenapa pulak ketawa?? Aku ada buat lawak ke?"soal Syah bila dengar Aqila ketawa.

Aqila redaka gelaknya, "takde apa takde apa..jomlah tukar baju cepat nanti kau hilang lama sangat Adam cari pulak"ucap Aqila sambil jalan laju kedepan supaya Syah tak menyoalnya lagi.

"A'ahhhhlahh jom jom"balas Syah sambil gerak laju ke ruang tukar pakaian bila dia teringat Adam berada dengan akak-akak iparnya, anak mereka, baihaqi dan raisyah dia Kidz World.

#############################

Setelah semua tukar pakaian dan berkumpul di meja tadi, mereka semua gerak ke Kidz world untuk mengajak mereka yang berada di situ untuk makan tengah hari.

"Wuaaaa wuaaaa"

Dari luar Kidz World lagi dah dengar suara tangisan Adam yang kuat.

Syah dan Rian yang dengar suara Adam menangis terus berjalan laju kearah suara Adam.

MINE LITTLE HEROWhere stories live. Discover now