• Chapter 24

996 48 27
                                    

Glasgow , Scotland (United Kingdom)

Glasgow Royal Infirmary Hospital

[ 03:21 p.m. ]

               Lima jejaka sedang bersembang di bahagian ala-ala living room dalam wad VVIP .

"Venetia memang melampau . Dapat kat aku memang headshoot terus" ujar jejaka bermata hazel dengan kaki yang diletakkan atas meja kerana sudah menjadi tabiat buruknya .

Freddy menolak kaki adik kepada kawan karibnya itu sehingga jatuh atas lantai berlapis karpet .

"Ish kacau" Risley menjeling Freddy . Gamaknya semua orang suka mengganggu ketenteraman seorang sniper yang ingin berehat .

Freddy tidak membalas malas hanya memandang Airiel . Terbit perasaan kesian di situ . Hurm ...

"Airiel ... aku minta maaf" Richard memohon maaf atas silapnya kerana tidak berjaya menjaga Bella .

"Sorry bro , salah aku" Nathan menambah . Mereka berdua yang patut jaga Bella sehingga berjaya keluar sementara orang lain menarik perhatian .

"Bukan salah korang . Aku yang tak rancang baik-baik . Kalau Venetia tak kacau dari awal , semua tak akan berlaku" Airiel membalas perlahan sambil memeluk tubuh . Sampai sekarang dia salahkan diri sendiri .

Risley mencelah .

"Tu aku kata , headshoot ja terus . Tak perlu bagi muka sangat orang macam tu . Kau tengok sendiri apa dah jadi" ujarnya sambil menunjuk Bella yang sedang terbaring atas katil wad .

Mereka semua turut memandang Bella . Kepala gadis itu dibaluti kapas dan bandage putih .

Doktor kata parut lamanya terbuka semula . Kes pasu bunga itu dibaling tepat pada kepala Bella . Nasib tidak kena mana-mana bahagian wajah lagi-lagi mata .

"Kalau dia mati . Kau nak bagitahu apa kat mommy ?" Airiel menyoal adiknya .

"Hurm... yang tu pun masalah jugak . Kenapalah mommy suka sangat perempuan dua muka tu . Tak faham aku" Risley berkata sambil teringat akan mommy nya yang telah lama tidak bertemu . Sihatkah beliau ?

Yang lain pula hanya mendengar sambil melayan telefon pintar , tiada hak untuk masuk campur urusan keluarga Zachary .

"Yang pasti mommy tak jodohkan aku dengan dia untuk kali kedua" Airiel berkata geram .

Ada patut mommy mereka menjodohkannya dengan perempuan itu ? Itu pun Airiel sudah membantah sekeras-kerasnya sehingga putus tapi jangan ingat mommy tak akan jodohkan semula . Itu pun bersebab ...

"Bunuh ja terus . Nanti mommy tanya kau kata dah ajal dia , nak buat macam mana ? Kita mampu merancang , Tuhan yang tentukan" Risley memberi kata-kata persis orang berilmu pengetahuan berakhlak mulia .

Airiel hanya menganggukkan saja . Jangan harap dia akan turuti ajaran adiknya yang bernas itu ... kecuali terdesak .

"Wah , dah bertaubat eh kau ?" Richard memandang Risley dengan senyuman . Taringnya kelihatan .

"Mestilah , sampai bila kita nak membunuh ? Membunuh kan dosa . Malah tu bukannya tugas kita sebagai manusia" Risley meletakkan belakang tapak tangan pada dahi dengan mata tertutup , barulah feel berlakon filem .

"Itu la kan , nasib aku tak bunuh orang" Richard menyokong sambil mengangguk . Sempat dia memuji lakonan sahabatnya yang tidak sia-sia dalam hati .

Risley menjeling Richard . Shit . Aku nak perli dia dengan lakonan tadi macam mana pula boleh lupa yang dia ni suci tak bunuh orang !?

Mereka berdua mulai bertikam lidah di situ . Yang lain tak masuk campur . Mereka tidak berminat !

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now