• Chapter 38

898 46 38
                                    

          Cahaya suria menyinari wajah-wajah pelancong yang baru tiba ke destinasi mereka setelah berjam-jam atas jalan raya yang sesak dengan kenderaan memandangkan New York merupakan daerah terbesar di Amerika Syarikat .

"Fuh panas" Risley menarik hood hoodie ke bawah dengan kaca mata hitam diletakkan atas kepala .

"Tanggal la hoodie tu , takkan tu pun kena ajar ?" Freddy yang baru turun dari tempat memandu merengangkan otot-otot seperti sedang bersenam aerobik .

Penat setelah memandu dari Newark Liberty International Airport sehingga tiba ke mana dia sendiri tidak tahu . Yang pasti bangunan sekitar mereka tinggi dan Airiel yang menyuruhnya untuk ke sini .

"Normal lah panas , bukannya dekat UK tak ada matahari pun" Richard yang berdiri sebelah Nathan berkata selamba menyebabkan Nathan menolak kepalanya sekali .

"Woi ! Asal ?" Richard memegang kepala yang bengong sebentar . Dia tidak tahu kenapa Nathan dan Freddy suka menolak kepalanya seperti bola baling . Yang pasti dia tidak suka !

Dua lagi puteri yang duduk bahagian belakang melangkah keluar .

Freddy menolak Nathan dan Richard yang menghalang jalannya ke tepi kerana ingin mendekati si buah hati .

Freddy memekakkan telinga mendengar kutukan terus terang dua makhluk itu lalu menghulur tangan dan disambut Zeeya dengan senyuman lebar .

Bella dibelakang Zeeya memutarkan bebola mata . Situasi mereka tidak ubah seperti putera dan puteri diraja yang mahu menari waltz .

Mereka mengikuti langkah Airiel yang menjadi ketua kumpulan dengan gelak ketawa kecuali jejaka hadapan itu sahaja .

"Kenapa tu ?" Zeeya yang berada di sisi Freddy membisik .

"Biasalah . Orang PMS" Freddy membalas semula tetapi cukup kedengaran sehingga mereka yang lain ketawa .

Airiel hanya memekakkan telinga dan mata laju meliar kawasan bangunan pencakar langit itu .

Dua orang jejaka mendekati mereka sekumpulan dengan satu aura yang berbeza .

Mereka berdua menunduk sedikit memberi tanda hormat memandangkan mereka sedang menghadap golongan bangsawan , iaitu dua beradik kacukan di hadapan mata .

"Tak perlu nak over sangat" sindir Airiel sebelum berjabat tangan cara kelelakian diikuti dengan mereka yang lain .

Bella dan Zeeya pula hanya diberi senyuman mahal memandangkan mereka kaum perempuan .

"Kau lambat" jejaka bermata hijau cair memeluk tubuh .

"Salahkan Freddy . Si driver yang tidak berbayar" Airiel membalas dan mengalih pandangan pada Freddy .

"Bro come on . Lelaki mana bawa kereta slow . Don't tell me you are a loser ?" jejaka bermata hazel disebelah mengejek Freddy .

"Biar lambat asalkan selamat" Freddy membalas geram . Tidak tahukah dia paling bertanggungjawab kerana enam nyawa tidak termasuk nyawa sendiri terserah pada cara pemanduannya . Jika dia melakukan kesilapan walau sedikit ketika memandu sudah tentu semua nyawa melayang .

"Korang buat apa kat sini Qeen , Hadden ?" celah Risley dan meletakkan lengan atas bahu Airiel dan Freddy .

"You sure with your question ?" jejaka bermata hazel menyoal adik Airiel yang turut mempunyai mata hazel seperti dirinya . Pelik kerana bandar New York ialah tempat lahirnya dan dia disoal oleh manusia dari bandar London . Dia dua ja , tak bodo mesti bangang .

Zeeya lama melihat mereka semua yang sedang menyindir antara satu sama lain . Dia lebih tertumpu pada wajah dingin jejaka bermata hijau cair dan dahi bercantum sebelum mata membulat besar .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now