• Chapter 54

924 51 4
                                    

                  Angin petang menampar lembut wajah dua pasangan sejoli sedang bersiar-siar sekitar taman metropolitan kota London .

"Sedap" ujar Bella sambil menikmati aiskrim coklat yang mengiurkan .

Airiel tersenyum melihat keanak-anakan si tunang menikmati aiskrim sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling .

Mereka berdua beriringan mengikut laluan pejalan kaki lalu melabuhkan punggung atas sebuah bangku panjang .

Plastik aiskrim dibuang ke dalam tong sampah . Bella mencapai tisu dari beg tangan Channel pemberian Airiel dan mengelap bibir yang comot .

Airiel mendekatkan diri pada telinga Bella dan berbisik .

"Tahu pulak guna tisu . Ingat nak suruh aku jilat tadi" bisiknya perlahan dengan senyuman nakal cukup membuatkan bulu roma si gadis naik meremang .

"Tak senonoh" Bella menolak tubuh sasa itu agar menjauhinya membuatkan si jejaka ketawa kecil . Usik sikit dah blushing , alahai .

"I am serious darling , ingat bae main-main ?" Airiel bertukar ke wajah serius .

Bella melihat Airiel dengan mata besar tanda geram .

"Tak senonoh ! Cubit kang !" Bella memberi amaran keras apabila Airiel semakin mendekat dengannya .

Airiel semakin mendekatkan wajah pada Bella membuatkannya semakin tidak senang duduk . Air liur pahit ditelan .

"Airiel ... don't ... kita di tempat awam ni" Bella menjadi tidak keruan dengan wajah kacak semakin mendekat .

Airiel terhenti . Hidung berlaga hidung . Mata membalas mata .

"Berani kau nak cubit aku ? Aku akan cubit pipi kau nanti . Ingat , lepas kahwin bukan saja cubit , malah gigit . Mark my words darling , I am the man with my words" redup Airiel melihat wajah terpanar si gadis .

Airiel menarik sedikit hidung mancung si gadis menyedarkan Bella dari terus berasa butterfly . Arghh blushing teruk !

Mereka berdua menyepi melihat hadapan . Padang luas hadapan mata sangat menenangkan fikiran dan perasaan orang di situ .

"Airiel"

"Ya babe"

"Kita datang sini nak buat apa ?"

"Saja bawak kau jalan-jalan . Lagipun semenjak ni aku busy dengan kerja sampai tak ada masa untuk kau" kata Airiel benar . Sejak berurusan dengan Syarikat Daryell , kerjanya menjadi dua kali ganda lebih banyak tetapi apa yang diinginkan telah menjadi kenyataan .

Bella menggeleng .

"Saya tak kisah . Lagipun semua demi masa depan awak"

"Bukan masa depan aku tapi masa depan kita" Airiel membetulkan ayat Bella .

Mereka berdua membalas senyuman sesaat lalu kembali semula melihat hadapan .

Suara kanak-kanak ketawa riang berlari anak sekitar padang menjadi latar belakang suasana di situ .

"Airiel , ni tempat apa sebenarnya ?" Bella menyoal hairan . Sepertinya dia pernah lihat tetapi di mana ya ?

"Kenapa ?" soalan dibalas soalan .

"Entah . Saya rasa macam pernah nampak" Bella cuba mengingati sesuatu tetapi tidak berjaya .

Keadaan menjadi sepi . Si gadis mengalih pandangan ke arah jejaka sebelah yang hanya menyepi .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now