• Chapter 43

770 47 18
                                    

            Pagi menjelma di kota Rome dan keluarga bangsawan telah menghabiskan sarapan pagi .

Airiel dan Bella beriringan di halaman belakang rumah yang luas dengan taman pokok bunga di sekeliling kolam ikan koi besar .

"Ayah awak nampak dingin" kata Bella sambil melihat ikan koi besar berenang dalam kolam .

"I know . Dia memang macam tu tapi jangan risau sebab dia tak akan makan kau" kata Airiel sambil memerhati telefon bimbit .

"Mak awak pun" sambung Bella lagi .

"My mom ? Nerh , she is fine actually . Kalau kau kenal dia , dia sebenarnya masuk air"

"Macan mana nak kenal kalau cakap dengan saya pun dia tak mahu" ujar Bella tidak puas hati .

"Sampai masanya nanti , dia akan cakap juga . Jangan risau okeyh" kata Airiel walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada perkara itu akan berlaku atau tidak .

Dia melihat ke depan di mana seorang pekebun sedang memotong pokok bunga untuk menjadi bentuk sfera .

"Aku nak masuk rumah . Kau ?" soal Airiel dan Bella mengangguk mengiyakan . Dia bukannya berani duduk seorang diri di tempat orang .

Mereka berdua memasuki rumah dari pintu belakang dan seorang pembantu rumah menegur setelah menunduk hormat .

"Giovane maestro , vuole incontrarti"

"Ok , sto arrivo" balas Airiel dengan anggukan sebelum mengalih melihat Bella . Dia tahu gadis itu tidak memahami .

"Aku kena pergi , nanti aku datang balik okeyh ? Bye , take care" ujar Airiel sebelum melangkah mengikut pembantu rumah itu meninggalkan Bella seorang diri .

Bella hanya mampu menghantar pemergian itu dengan pandangan mata . Baru sahaja dia melangkah mendekati tangga , dia terkejut dengan kehadiran puan besar rumah dengan seorang gadis di tepinya .

Mereka berbual dengan sangat rancak dan bergelak ketawa diikuti oleh dua orang pembantu rumah yang membawa beg gadis itu .

Bella menayangkan senyuman manis menutup rasa gugup di hati apabila dua makhluk bertaraf tinggi berhenti bersembang dan memandangnya .

"Who's this ?" soal gadis yang memakai kasut tumit tinggi dan solekan tebal sehingga susah untuk mengecam mukanya .

Berkerut dahi Bella mendengar suara gadis itu seperti dikenali . Dia mengecilkan sedikit matanya untuk mengecam dan menganalisis tubuh itu .

Matanya terus membulat besar apabila satu nama lalu dalam kotak mindanya . Venetia .

"Just ignore" balas puan besar kepada gadis sebelah sedikit sebanyak melukakan hati kecil Bella .

Sementara menunggu puan besar melangkah menaiki tangga , Venetia mengalih melihat senyuman gadis berambut perang yang semakin pudar dengan pandangan sinis .

Bella diam memerhati empat tubuh yang mula menaiki tangga dengan perasaan terluka . Mata sempat menangkap senyuman sinis dari bibir Venetia . Kaki terus dilangkah ke taman belakang rumah semula untuk mendapatkan ketenangan .

Tok tok tok

"Come in"

Pintu terus dibuka dari luar dan kaki panjang menapak masuk dalam bilik kerja tuan rumah .

Dilihat tubuh sedikit berusia membelakanginya di atas kerusi kulit mewah .

"Dad--"

"Duduk"

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now