• Chapter 7

1.2K 63 0
                                    

"Siapa ? Abang Airiel ? Dia baik" Evelyn menjawab pertanyaan Bella .

Bella pula mengangguk . Baik ya ?

"Tapi kalau kak tanya pasal Risley , dia memang jahat" sambung Evelyn sambil menayangkan senyuman penuh makna . Tanduk syaitan tumbuh di atas kepala gadia tiu .

"Jahat ? Kenapa Eve kata macam tu?" soal Bella tidak mengerti apabila sepupu sendiri kata jejaka bermata hazel jahat .

Evelyn memandang sekeliling sebelum membisik sesuatu ke telinga Bella .

Bella membuat muka terkejut manakala Evelyn sudah tersenyum sumbing .

"Mengumpat pasal aku la tu" celah Risley entah datang dari mana . Dengan selamba dia duduk hadapan televisyen dan memasang PS5 .

"Panjang umur pendek akal" ujar Evelyn sinis . Macam tau-tau pulak mereka sedang membawang mengenainya .

"Kau la tu pendek akal , dah la pendek , dasar tak cukup zat HAHHAHAHAHA" Risley melepaskan ketawa kuat .

Berdesing telinga Evelyn mendengar kata-kata Risley . Tanpa sebarang amaran , Evelyn melompat turun dari sofa lalu menyerang Risley .

Evelyn menarik rambut jejaka bermata hazel kuat sehingga Risley meronta-ronta untuk dilepaskan .

"Lepas bodo , lepas !"

Evelyn melepaskan tangannya lalu senyum kemenangan .

Risley membetulkan rambut coklatnya yang serabai seperti dilanda tsunami . Hampir sahaja rambut dengan kulit kepalanya berpisah . Dasar sepupu gila !

"Celaka , aku campak kau masuk laut baru ada akal" ujar Risley geram . Matanya tajam memandang Evelyn .

Evelyn pula beriak biasa . Masih lagi dengan senyuman kemenangannya dan dia langsung tidak takut .

"Itulah lain kali jaga mulut , syukur sikit sebab aku tak cakar muka kau" ujar Evelyn lalu menunjukkan kuku tangannya . Panjangnya boleh diukur dengan pembaris . Lebih kurang 0.5 sentimeter .

"Eeee..... nenek sihir tak potong kuku" ujar Risley dengan nada mengejek . Sudahlah kuku panjang , diwarnakan pula dengan warna hitam .

Sekali lagi Evelyn naik angin . Kali ini dia hampir mencakar wajah Risley tetapi jejaka itu sempat mengelak lalu berkata

"Berani kau nak sentuh muka aku ? Jangan menyesal kalau malam nanti kau tidur tanpa kuku" amaran keras dikeluarkan .

Evelyn yang mendengar itu terus mengalah .

"Ok...ok...you win" Evelyn berkata seraya mengangkat kedua tangannya tanda mengalah . Dia tidak mahu kehilangan kuku kesayangannya . Ingat senang dia bela sampai panjang ?

"Good to hear that ...... loser " ejek Risley sambil senyum kemenangan . Nampaknya seperti tanduk demons tumbuh keluar atas kepalanya .

Evelyn mengambil tempat sebelah Bella dengan muka tidak puas hati . Matanya langsung tidak mengalih daripada menjeling Risley walaupun jejaka itu membelakanginya .

"Kan Eve dah kata Risley tu jahat"

"Aku dengar tu Eve" Risley berkata kuat . Dia masih belum pekak ok ?

Evelyn mengangkat jari tengah dan menghala ke arah Risley . Nasib jejaka itu tidak perasan jika tidak pasti kukunya telah hilang .

Bella yang memerhati sejak tadi tersenyum lalu menggeleng kepala . Perangai mereka berdua seperti budak-budak .

"20,000 " Airiel berkata dengan pemanggil telefon .

"Aiyaa Zach aaaa ... mana boleh 20 , 30K laaaa" tawar si pemanggil telefon tidak mahu mengalah .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now