• Chapter 32

933 51 14
                                    

               Kenderaan empat roda terpakir elok dalam garaj rumah mewah dua tingkat miliknya . Tubuh yang langsing persis remaja walaupun sudah berusia 30-an melangkah keluar dari tempat pemandu .

Dia melangkah memasuki rumah setelah menanggal dan menyusun kasut tumit tinggi jenama Zalora pada rak kasut .

Keadaan setiap sudut rumah dipandang tajam . Rasanya seperti ada sesuatu yang tidak kena .

"BELLA !"

Suara ngauman singanya kedengaran kuat memanggil anak menakannya yang seorang itu tetapi tiada sahutan .

Suasana rumah itu hanya sepi .

"BELLA !"

Sekali lagi dia menyeru nama gadis itu tetapi tiada respon membuatkan darahnya naik sehingga kepala .

Tas tangan diletakkan atas meja ruang tamu sebelum dia melangkah menaiki tangga satu per satu untuk memasuki bilik gadis itu .

Apabila tiba hadapan bilik Bella , pintu dikuak dan langsung tiada kelibat gadis tersebut .

Linda merengus geram sebelum melangkah menuruni anak tangga memasuki dapur pula .

Melihat keadaan dapur yang kosong tanpa susuk tubuh si gadis membuatkan dia semakin bengang . Suka hati mak bapak kau saja nak keluar umah tanpa izin . Siap kau dengan aku nanti !

Baru sahaja Linda ingin melangkah , satu suara dari belakang mengejutkannya .

"Kenapa aunty ?"

Soal Daniel sambil memisat matanya yang baru bangun tidur setelah tersedar dek suara singa mengaum seluruh rumah .

Dia mengantuk walaupun hari sudah petang . Semalam dia tidur lewat untuk ulangkaji memandangkan dia bakal menduduki peperiksaan besar beberapa bulan yang akan datang .

"Ish Daniel . Terkejut aunty" Linda mengusap dada sendiri sebelum menyambung soalannya .

"Mana kakak kau ?" soal Linda garang sambil mata tidak henti meneroka setiap ruangan rumah seperti seorang pencuri yang licik .

Daniel mengangkat bahu tanda tidak tahu walaupun hakikatnya dia tahu kakaknya itu keluar dengan beberapa jejaka Eropah sejak tengah hari tadi .

Bella sempat berpesan bahawa jika dia tidak sempat pulang sebelum makciknya iaitu Linda pulang , jawab sahaja tidak tahu .

Bella tidak mahu Daniel turut terjerat sekali dalam masalah dia dan Linda . Cukuplah dia seorang yang menghadapnya , jangan adiknya pula .

Walaupun Bella tidak pernah menerangkan apa sebenarnya masalah yang dihadapi gadis itu bersama jejaka-jekaka tersebut , Daniel berharap bahawa kakaknya itu selamat dan tahu apa yang dia sedang lakukan .

"Heishh" Linda mendengus geram . Tangannya dijadikan kipas kerana terasa panas ditambahkan lagi dengan rambutnya yang panjang tidak diikat . Memang panas la jadinya .

Mereka berdua terdiam apabila mendengar suara pintu hadapan dibuka .

"Siap kau" ujar Linda geram dan melangkah ke depan dengan wajah yang sangat merah setelah menahan amarah dari meletus . Sekarang dia akan melepaskan segalanya pada gadis yang baru tahu pulang itu .

Langkahnya terhenti apabila tubuh Daniel yang lebih tinggi darinya menghalang .

"Sudahlah aunty . Sampai bila aunty nak marahkan kak Bella ? Dia tak bersalah pun . Aunty sendiri tahu kan ?"

Suara Daniel sedikit serak itu kedengaran kuat . Kali ini dia tidak akan membiarkan kakaknya itu dimarahi lagi . Dia akan menghentikan semua ini .

Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasannya ketika Bella dimarah , ditengking , didera dan dipukul oleh makcik hadapan matanya sendiri .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now