• Chapter 9

1.2K 60 3
                                    

Airiel melangkah dalam gudang lama . Seperti hari-hari biasa selepas kerja dia akan menyinggah di sini dahulu . Tempat ini bagaikan R&R baginya . Cuma yang membezakan ialah dia perlu membuat 'kerja keduanya' di sini .

Seperti kebiasaan , Airiel akan ditegur ramah oleh jejaka-jejaka berbadan tegap dahulu . Mereka selalunya akan berada pada bahagian hadapan iaitu berdekatan dengan pintu masuk gudang . Ini kerana meja-meja snooker disusun berdekatan pintu .

Airiel melangkah ke bahagian tengah gudang dan mendapati tiada orang mahupun bayang sesiapa . Langkah diteruskan ke belakang gudang dan satu pintu bilik dibuka .

Jelas manusia yang dicarinya ada dalam bilik itu .

Airiel mengambil tempat atas kerusi selepas pintu ditutup . Suhu dalam bilik itu terasa sejuk . Dia mengerling arah aircond dan terpapar suhu bilik yang rendah , sangat rendah . Ini pasti kerja adiknya .

"Lambatnya kau bro.....adik kau dah chicken dinner berapa kali dah" Freddy menegur Airiel . Sempat dia memandang jam pada telefon .

[ 07:58 p.m. ]

"Nama pun kerja , kalau boleh aku pun tak nak" balas Airiel perlahan . Dia memandang pula tiga sekawan .

Kelihatan Richard sedang menongkat dagu di atas meja . Matanya terpejam rapat .

Nathan pula melentokkan kepalanya atas meja . Lengan menutupi wajahnya jadi tidak kelihatan .

Risley pula bersandar pada kerusi . Tangannya disilangkan ke dada . Kepalanya mendongak ke atas . Dengkuran sudah kedengaran .

Wtf?

Airiel merengus geram . Meja ditampar kuat menyebabkan tiga manusia itu tersedar ke alam realiti .

"Opocot mak kau !" - Richard

"Eh mak mak !" - Nathan

"Mak ai babi terbang keluar angkasa !" - Risley

Mereka semua melatah serentak . Masing-masing mulai menggosok mata .

"Mak kau ajar tidur waktu senja ?" Airiel menyoal kasar . Matanya tajam memandang mereka bertiga .

Freddy jangan ditanya . Sudah ketawa mengekek sejak tadi lagi . Hampir sahaja jatuh kerusi namun sempat ditahan .

"Otak kau senja ? Sekarang dah malam gila . M.A.L.A.M. takkan tak tahu ? Mak kau tak ajar ?" Risley membantah kuat . Perkataan 'malam' sengaja diejar satu per satu . Walaupun hakikatnya dia tidak tahu sekarang pukul berapa . Tapi yang pastinya tadi dia tidur sejak pukul 7 lagi . Rasanya dah malam , kan ?

"Mak aku mak kau jugak bodo... dah lah" balas Airiel malas . Sudahlah , gaduh dengan Risley tiada faedah malah menghabiskan masa .

Richard dengan Nathan hanya memerhati sejak tadi . Mereka blur  seketika . Wayar otak masih belum bersambung sepenuhnya .

Dalam beberapa saat , otak mereka telah bersambung setelah mencuci muka . Sekarang mereka semua duduk mengelilingi meja petak semula .

"Kau pasti yang tak cukup ? Dah kira betul-betul ?" Airiel menyoal Freddy .

"Dah tiga kali kami kira , memang orang tua tu bagi tak cukup" - Freddy

"Berapa ?" - Airiel

"80 packet" Nathan mencelah .

"Banyak jugak tu" Richard juga mencelah .

"So macam mana ? Nak kasi settle ?" soal Risley teruja setelah sekian lama tidak beraksi .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now