• Chapter 15

1.1K 52 12
                                    

              Kereta Porche memecut laju di atas jalan raya . Matahari baru kelihatan menandakan hari masih awal pagi .

Airiel memandu dengan keadaan sebelah tangan memegang stereng manakala sebelah lagi menutup telinganya .

"Aarghhh kereta !" Bella menjerit nyaring apabila kereta Porche yang dinaiki mereka hampir mencium punggung kereta hadapan .

Airiel membelok dan memotong selamba .

"Aaaaaa kereta !" Bella masih lagi menjerit nyaring . Dia menekup wajahnya dengan kedua tangan takut Airiel melanggar kereta lain .

"Bising tahu ? Tak pernah tengok kereta ?" Airiel bersuara geram . Dia cuba untuk fokus pemanduannya tetapi tidak boleh . Suara jeritan itu sangat lantang memasuki gegendang telinganya .

"Awak gila ? Atau memang awak dah gila ? Bawa kereta macam orang gila ! Dasar gila !" Bella menjawab sambil menjeling Airiel . Lidahnya sendiri hampir terbelit .

Dahi Airiel berkerut . Berapa banyak gila dah dia guna ?

"Tak tahu siapa yang jerit macam orang gila , menyorok dalam bilik dan sanggup keluar cari makanan lewat malam macam orang gila" Airiel berkata pedas .

Pada masa yang sama Airiel masih tidak percaya gadis itu sanggup menghala pisau ke arahnya . Good then , sekurang-kurangnya dia tahu jaga diri . Walaupun dia macam blur sikit ...

Bella memekakkan telinga lalu memandang arah lain . Tidak ingin berkata-kata begitu juga dengan Airiel . Minyak kereta makin ditekan kuat .

"Jangan jadi gila , Airiel . Saya tak mahu mati lagi" Bella berkata perlahan . Jantung berdetak laju seiring kelajuan kereta yang samakin meningkat .

Airiel tidak membalas . Sebaliknya kelajuan kereta diperlahankan . Haih...

Bella perasan kereta itu mulai perlahan daripada tadi walaupun hanya sikit . Itu pun dah cukup membuatnya rasa syukur .

"Thanks" Bella tersenyum memandang Airiel .

Airiel hanya mengangkat kening membalasnya . Sekarang barulah dia dapat fokus memandu dengan tenang .

          Dua susuk tubuh melangkah memasuki banggunan gah selepas keluar dari perut kereta .

Bella memandang kiri dan kanan tanpa berhenti . Oh my God , tingginya bangunan ni !

Cepat-cepat dia mengejar langkah Airiel dari belakang .

Airiel berjalan sambil memasang butang kot hitamnya dengan Bella yang setia mengekorinya dari belakang .

Airiel turut perasan semua mata dalam bangunan sedang memerhati mereka . Ada juga yang mulai berbisik sesama sendiri . Siapa lagi kalau bukan geng makcik bawang . Geng yang selalu bising dengan isu hangat dan berbincang mengalahkan tentera darat membuat strategi menyerang pihak lawan .

Bella mulai rasa kekok apabila semua memandang arah mereka berdua , atau lebih tepat lagi , memandang Bella . Telinganya yang baik turut dapat mendengar beberapa bisikan halus .

"Siapa itu ?"

"Lawanyaaa...."

"Pekerja baru ?"

"Kenapa dia ikut boss ?"

"Entah-entah isteri boss....aduh " tak semena-mena kepala gadis itu diketuk oleh rakan sekerjanya .

"Boss mana kahwin lagi . Kau ni pun....."

Airiel dan Bella melangkah ke pintu lif VVIP . Sementara menunggu lif , Airiel berpaling wajah dan menjeling manusia-manusia yang masih lagi memerhati mereka .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now