• Chapter 2

1.6K 72 0
                                    

Airiel menumpukan penuh perhatian pada laptopnya . Skrin diperhati sambil mulut berkumat-kamit membaca setiap bait perkataan tanpa mengeluarkan suara . Sesekali dia menekan keyboard .

"Finally...." ujarnya perlahan lalu menekan send . Lega setelah seharian menghadap kerja walaupun dia tiada di syarikat untuk masa sekarang . Sepanjang hari , Airiel hanya membalas email para manusia atau klien mengenai mesyuarat yang perlu ditangguh sementara waktu .

Risley ? Biarlah jejaka itu hanya mengambil kerja simple sahaja . Itu pun jejaka itu sudah membebel panjang . Dasar adik tidak reti bersyukur , huh .

Jejaka Sepanyol , Freddy , sudah pun mendarat dengan selamat di London minggu lepas . Harap-harap jejaka itu dapatlah tolong sekali .

Airiel tersenyum nipis teringat akan jejaka itu minggu lepas .

Sempat lagi Freddy mengajak Airiel menemaninya untuk 'ronda-ronda' di area KLCC . Nasib tidak terlepas flight .

Maklumlah , mereka mana pernah lagi jejak kaki ke Malaysia . Itu yang Freddy beria-ria seperti perempuan , teknik untuk memujuk Airiel menemaninya , buuu ....

Jika perkara ini diketahui Risley , pasti Freddy sudah ditanam hidup-hidup kerana pergi ke manara berkembar itu tanpanya .

Jejaka bermata hazel itu mana boleh berpisah dengan bangunan tinggi . Kalau orang lain akan berasa gayat sehingga hampir terkencing , berbeza pulak dengan Risley Zachary .

He totally not normal ....

Airiel bangun daripada sofa setelah menutup laptopnya . Dia melangkah ke arah tingkap untuk menutup langsir .

Sempat dia memandang ke luar dan terlihat lampu jalan yang terang benderang sepanjang jalan menandakan hari sudah lewat malam .

Matanya memerhati kereta yang dipakir hadapan hospital satu per satu .

"Miserable" ujarnya sepatah lalu manarik kain langsir dengan kasar .

Wajahnya jelas kelihatan tegang . Airiel mengambil tempat di atas sofa semula .

Pada masa yang sama , telefonnya berdering menandakan ada panggilan untuknya . Telefon itu terus dicapai lalu button hijau ditekan .

"Abang Airiel ! Where are youu !? " jerit si pemanggil dengan suara yang kuat .

Airiel terus menjarakkan telefon itu dari telinga . Dia perlu lakukan demikian demi kelangsungan hidup gegendang telinganya .

"Heyy , what's wrong little girl ? " soal Airiel sengaja menyakat gadis itu .

"Eeeeeee , I gonna smash YOUUUU ! " jerit suara si pemanggil kuat . Geram kerana Airiel suka menyakatnya dengan gelaran little girl padahal dia sudah berusia hampir 18 tahun .

Airiel pula sudah melepaskan ketawa halus sebelum menyambung panggilannya .

"Hahahah.... everything ok there ?" soal Airiel ingin mengetahui keadaan di sana .

"Totally fine .... but......" ayat gadis itu dibiarkan tergantung .

Airiel sudah mengerutkan dahinya . But ....?

"Why Eve ? " soal Airiel kerana gadis itu hanya mendiamkan diri .

Suasana diam seketika sehingga si gadis menyambung bicaranya .

"I miss youuuuuu...." ujar gadis itu perlahan .

Airiel sudah tersenyum sinis .

Panggilan itu berlangsung sehingga hampir sejam dan akhirnya tamat juga .

Telefon terus diletakkan di atas meja bersebelahan dengan sofa . Wajah gadis yang sedang baring atas katil ditatap lama .

Dua minggu sejak peristiwa tembak-menembak itu , gadis berambut perang masih lagi tidak menyedarkan diri dan langsung tidak menunjukkan sebarang respon . Malah tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa gadis itu akan menyedarkan diri dalam masa terdekat .

Terdapat parut pada pipi kanannya . Kepala dan kaki kanannya juga turut dibaluti dengan bandage . Tubuhnya kelihatan agak kurus . Itupun sudah diberi makanan oleh para nurse dengan cara mereka setiap hari .

Doktor pun takut kalau gadis itu tidak menyedarkan diri terus . Jadi kita cuma boleh berharap agar keajaiban berlaku .

Airiel menekan suis pada tepi sofa lalu lampu dalam bilik itu terus terpadam . Tubuh tegapnya terus baring di atas sofa empuk yang sememangnya menjadi katilnya sejak hari pertama menjejakkan kaki ke hospital .

Suasana dalam bilik itu hanya dipenuhi dengan bunyi alat elektrokardiogram yang digunakan untuk mengesan tahap jantung si gadis berambut perang .

"Realizzare rapidamente.....ragazza bionda....." (Cepat sedar ..... gadis berambut perang.....)

"Buona notte " (Selamat malam)

Ujar Airiel dalam hati sambil memandang gadis yang tidur di katil sebelahnya dalam keadaan gelap . Walaupun gadis itu tidak akan mendengarnya , biarlah sekurang-kurangnya dia cuba untuk berkomunikasi dengannya .

Kelopak matanya sudah terasa berat sehingga anak mata biru laut miliknya tidak lagi kelihatan . Dalam beberapa saat , tubuh tegap itu turut lena diulit mimpi .

x x x x x x x

I just want to know
do you dream of me too ?

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now