• Chapter 10

1.2K 57 2
                                    

Kereta BMW i8 merah memakir elok dalam kotak parkir . Kelihatan jejaka kacukan keluar dari tempat memandu diikuti dengan seorang jejaka bermata hazel serta dua orang gadis .

Airiel berpakaian t-shirt hitam bodyfit paras lengan dan mengenakan spek mata hitam . Seluar jeans hitam dan kasut Vans hitam .

Risley keluar dari tempat sebelah pemandu . Dia mengenakan hoodie hitam bercorak api dan pastinya hoods ditarik menutupi rambut coklatnya . Seluar jeans serta kasut Vans hitam .

Bella keluar dari tempat duduk belakang kereta . Sudah dua minggu berlalu sejak hari kakinya terseliuh , sekarang kakinya telah pun sembuh dan dapat berjalan dengan baik . Terima kasih kepada Evelyn yang selalu support dan menolongnya .

Bella mengenakan t-shirt putih paras lengan dan seluar jeans panjang . Kasut Nike bercorak hitam putih yang sama dengan Evelyn . Evelyn pula memakai hoodie putih singkat serta jeans hitam panjang .

Mereka berempat melangkah masuk dalam Pavillion Shopping Complex . Kelihatan ramai manusia turut meluangkan masa mereka dengan membeli-belah di situ . Boleh dikatakan satu bangunan besar ini dibanjiri dengan umat manusia . Nasib tempat ini luas , jadi mereka tidak perlu bersesak sehingga tidak cukup oksigen .

Mereka berempat meronda-ronda kawasan Pavillion tanpa membeli apa-apa .

"Kenapa buat muka macam tu ? Ingat kacak ?" Evelyn menegur Risley yang jelas menayangkan wajah seperti tapai basi . Evelyn yang memandang sejak tadi pun naik meluat apatah lagi orang yang lalu lalang .

"Tanya la 'abang' kesayangan kau tu" balas Risley selamba . Matanya memandang arah lain kerana meluat .

Evelyn memandang dan menyoal Airiel . Bella hanya diam mendengar sambil memandang sekeliling .

"Aku takkan bawak BMW kesayangan dia tu kalau bukan 'ada orang tu' calarkan Zenvo aku" balas Airiel selamba . Wajahnya dingin sejak tadi .

Masih lagi sakit hati kerana Zenvo kesayangannya tercalar . Sudahlah curi kereta orangnya , tak tahu menjaganya pula .

Bella dengan Evelyn memandang sesama diri . Itu pun nak gaduh ? Pelik-pelik .

"Kita nak beli apa ni ?" Evelyn menyoal tatkala mereka berada di bahagian tengah bangunan .

"Tadi kau yang beria-ria ajak datang sini , sekarang kau pulak tanya nak beli apa . Memang sewel kan kau ni ?" Risley menjelingnya tajam .

Evelyn tersengih . Memang betul pun dia yang paksa mereka semua ke sini . Huhu ampun ...

"Kata dah nak masuk asrama , pergi la cari barang tu" Airiel mencelah .

"Betul jugak ! Okeyhlah jom kak Bell" ujar Evalyn lalu menarik tangan Bella untuk berjalan dengannya .

Bella agak terkejut namun diikut juga langkah gadis itu ke dalam sebuah kedai .

"Bye !" jerit Evelyn dari hadapan kedai pakaian lalu menghilangkan diri bersama Bella .

"Dia buat apa dalam kedai pakaian ?" Airiel menyoal hairan . Rasanya apa yang gadis itu perlu beli adalah barang seperti makanan ringan , alat tulis or etc .

"Kan aku dah kata dia tu sewel" Risley membalas . Dia turut tidak mengerti kenapa gadis itu masuk dalam kedai itu . Rasanya beg yang dia selalu bawak ke asrama pun tidak cukup muat . Arghh perempuan .... complicated betul .

Mereka berdua melangkah arah lain sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar . Mana-mana perempuan yang lihat pasti akan dilambung cinta . Cehh , perasan ja lebih .

"Kau tak nak beli apa ?" Airiel menyoal . Disebalik kaca mata hitamnya , Airiel dapat melihat beberapa orang gadis sedang memerhati mereka berdua dengan love stuck .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now