• Chapter 58

922 43 0
                                    

               Cahaya suria pagi itu menyinari wajah-wajah yang sedang meluangkan masa di belakang rumah bahagian taman .

"Suck , kenapa kita kena duduk bawah matahari ?" Levi menyoal geram . Takut barangkali kulit putihnya bertukar warna .

"Dah tu kau nak duduk dengan makcik-makcik bawang dalam ruang tamu ? Go on" Kai menjeling sepupunya yang cukup kenal dengan sifat mengalahkan perempuan . Sudahlah putihnya mengalahkan pelakon Cina .

"Hm , at least ada aircond" Levi meletakkan kepala atas meja malas . Angin pada waktu pagi itu langsung tidak membantu malah terasa seperti menyeksa dirinya .

"Dasar Shin Chan" kutuk Kai terang-terangan .

Risley yang sedang berinteraksi dengan alam sekitar menghembus nafas geram kerana dua jejaka itu mula bertikam lidah . Ini kalau tolak masuk kolam ikan rasa-rasa apa jadi ?

"Bruh , morning" Richard dan Nathan yang baru muncul menegur Risley dan melagakan penumbuk . Dua makhluk yang baru tiba duduk melihat pergaduhan dua lagi makhluk .

"Yow" Kai terus menegur mereka berdua yang baru tiba kerana malas melayan Shin Chan yang tak pernah matang .

Richard dan Nathan mengangkat kening . Masing-masing terdiam mengambil udara segar pagi .

"Ris , Rich , Nat"

Risley , Richard dan Nathan mengalih melihat Levi yang memanggil mereka dengan gelaran pendek .

"Kenapa kau ?" Richard hairan melihat Levi seolah jejaka itu sedang bertukar menjadi ikan kering .

Nathan mengangkat kening hairan . Risley memutarkan bebola mata .

"Tolong aku , panas huarghhhh" Levi memegang kedua belah pipi yang sudah bertukar warna menjadi merah kerana kepanasan .

"Woi , I am dying . Help !" ujar Levi geram kerana mereka semua tidak melayan kerenahnya .

"Damn God , I will help you right now" Richard terus berdiri laju mendekati tubuh itu . Mata sempat memberi isyarat pada Kai agar menolongnya mengangkat Levi .

Kai mengerti . Dia terus berdiri dan mendekati Levi .

"Yes , contohilah dia" ujar Levi seperti raja menunggu diri dibawa pergi oleh orang bawahan .

Tanpa menunggu lama , Richard memegang kedua belah kaki Levi manakala Kai menangkap tangannya kemas sebelum tubuh itu terus dibaling ke dalam kolam ikan koi .

Bum

Gelombang air berlaku . Ikan-ikan menjadi seperti lipas kudung kerana terkejut dengan kehadiran 'ikan' gergasi . Mereka di situ melepaskan ketawa kuat .

"Bodoh , kolam ikan mak aku" Risley menggeleng dengan senyuman menahan tawa . Tidak dapat dia bayangkan jika Sharlene melihatnya sekarang .

"Kesian ikan-ikan tu" Nathan memeluk tubuh menggeleng . Senyuman tetap terukir kerana Levi sudah bertukar putih semula .

Richard dan Kai ketawa memegang perut sebelum high five sesama sendiri .

Levi melangkah keluar dengan pakaian lencun bagai terkena tsunami . Wajah bertukar serius dan putih pucat .

Jari menuding dua makhluk yang mengetawakannya sehingga tergolek atas rumput palsu .

"Celaka , aku--"

Levi tidak jadi menghabiskan ayatnya dan terbatuk kuat membuatkan mereka semua terus terdiam .

Nathan mendekati Levi .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now