• Chapter 37

882 50 0
                                    

                Kaki menapak naik ke tingkat atas rumah memandangkan dia ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan jejaka kacukan .

Dia berjalan ke bilik gym terdahulu untuk melihat jika Airiel ada atau tidak . Apabila memastikan jejaka itu tiada di bilik gym , ini bermakna dia baru sahaja selesai memanaskan badan .

Bella mengetuk pintu bilik Airiel yang bertombol emas tetapi pintu sudah terbuka luas pada ketukan pertama kerana tidak berkunci .

Jadi Bella terus melangkah masuk seperti orang tidak bersalah . Matanya meneroka setiap ruangan bilik 5 kali ganda lebih besar dari biliknya .

Haruman bunga lavender dari automatic disinfectant spray memenuhi udara dalam bilik gaya modern and chill jejaka kacukan .

Bella melabuhkan punggung pada bucu katil saiz king setelah kelibat jejaka itu tiada . Suara dari bilik air menandakan bahawa Airiel sedang membersihkan tubuh .

Kemudian mata coklat cair itu manyambung penerokaan bilik itu semula lalu tersenyum nipis . Kelengkapan dalam itu tidak ubah seperti kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam bilik ini .

Selesai membersihkan tubuh badan yang melekit dek peluh setelah memanaskan badan , tuala putih dililit mengelilingi pinggang dan melangkah keluar dari bilik air .

Dia memandang hairan pintu bilik yang terbuka luas lalu ditutup semula dan menguncinya . Rasanya dia sudah tutup tadi tetapi dilupakan kerana dia tiada masa untuk membazir memikirkan soal pintu .

Tubuh yang hanya mengenakan tuala putih menutupi bahagian asetnya melangkah mendekati cermin besar dan mencapai botol body spray atas meja .

Nafas dihembus tatkala bayangan dari pantulan cermin menyatakan bahawa ada penceroboh dalam biliknya .

"Kau buat apa kat sini ?"

Suara garau menyedarkan si gadis dari terus merenung tubuh muscle everywhere dan abs yang membuatnya berasa gerun .

"Cari awak" selamba penceroboh dengan rambut perang yang duduk atas katil membalas .

"Function ?" soal si jejaka dan menyemburkan Dashing pada badan berototnya . Terfikir juga apa yang penting sangat sehingga berani mati menceroboh bilik orang .

"Ada permintaan..." si gadis berterus terang . Mata tidak beralih sejak tadi membuatkan si jejaka berasa seperti ingin mengorek biji matanya .

Bella mendekati Airiel yang membelakalinginya dan menyentuh belakangnya yang terdedah .

"Bukan parut awak kat bahu kiri ?" dia menyoal kerana terdapat parut pada belakang tubuh sasa itu . Setahunya Airiel hanya terkena pisau bahagian belakang bahu sahaja .

Secara spontan Airiel mengalih badan menghadap Bella kerana berasa geli pada belakang badan .

Wajah Bella membahang malu kerana tubuh jejaka benar-benar melekat dengan badannya .

Mata biru laut dan coklat cair bergabung membuatkan jantung masing-masing berdetak laju .

Airiel berwajah dingin walaupun tubuh yang melekat dengan tubuhnya mampu membuatkan dia menjadi gila .

Wajah berona merah seperti tomato membuatkan dia geli hati sebalik wajah dingin yang dipamerkan .

Dia membetulkan anak tekak sebelum mendekatkan wajah pada gadis itu . Bella sudah menjadi tidak keruan tatkala wajah yang lebih tinggi daripadanya menundukkan wajah .

Wajah mereka berdua dekat . Sangat dekat seperti tiada ruang antara mereka .

Seperti ingin bercumbu~

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now