• Chapter 40

861 45 2
                                    

            Telefon pintar yang berbunyi tanda ada mesej ringkas dari seseorang dipandang sekilas . Jari mula menaip-naip papan kekunci dan tersenyum sendiri .

"Ewah-ewah , bukan main senyum sampai ke telinga" sindir Zeeya seraya melabuhkan tubuh pada katil .

Bella di sebelah menjeling .

"Dia sporting la beb"

Bella menyambung menaip membuatkan dahi Zeeya berkerut seribu memikirkan gelaran siapa yang dimaksudkan .

"Siapa ?" Zeeya akhirnya menyoal . Dia pula mula untuk membalas mesej daripada buah hati .

Bella tidak membalas . Sebaliknya mencapai sekeping kad dan menghulur pada Zeeya tanpa bicara .

Zeeya hairan melihat kad putih suci dengan dakwat biru di atas sudah bertukar tangan .

Roses are red ,
violets are blue ,
I've never met anyone
as beautiful as you

W D~
+1 305-XXX-XXXX

"What the fucking hell is this ? Florida ? Seriously ?"

Zeeya memulangkan semula kad itu pada Bella dengan wajah bingung . Melihat kod nombor telefon itu , Zeeya merasakan itu nombor orang Florida .

Bella mengangkat bahu selamba dan menyambung membalas mesej .

"Bell , who the fuck are you chatting with ?" Zeeya menegakkan badan dengan wajah tidak puas hati melihat Bella .

"The guy that I met at the park yesterday"

"What !??"

"Kau gila !? Macam mana kau boleh dapat kad tu ?" Zeeya seperti ingin menjerit histeria kerana Bella hanya mengendahkan perkara serius itu .

Bella yang baring itu terus duduk menekup kedua belah telinganya .

"Aduh Zee , jangan la jerit . Aku jumpa kad tu dalam beg" terang Bella tidak bersalah .

Semalam semasa dia ingin mencapai telefon sebelum tidur , dia terjumpa kad misteri dengan tanda W D pada bahagian bawah kanan membuatkan Bella memikirkan dari mana datangnya kad tersebut .

Baru sahaja dia mahu menyoal Zeeya , nampaknya gadis itu terlebih dahulu membuat tahi mata atas katil siap dengkuran halus .

Jadi niat itu hanya dilupakan dan dia mula teringat jejaka kacak yang peramah telah menghulurkan beg tangan itu petang tadi .

Serta-merta dia cuba untuk mengetahui benar atau tidak orang yang menggunakan gelaran 'W D' adalah jejaka peramah itu . Pada masa yang sama jika itu adalah jejaka itu , Bella ingin memohon maaf atas isu petang tadi .

"Lepas tu kau chat dia ? Kau ini bodoh atau bangang ? Macam mana kalau dia scammer !"

Besar kecil Zeeya melihat wajah selamba sahabatnya itu . Oh Tuhan , berikanlah aku kesabaran .

Bella memutarkan bebola mata sebelum mempertahankan W D .

"He is a good guy . I mean BETTER than Airiel"

Kata-kata yang terpancul keluar membuatkan Zeeya hampir pitam . Tidak sangka yang Bella akan berkata begitu .

"Kau ini bodoh kan ? Baik kau bagi Airiel kat sepupu aku" Zeeya membalas geram . Geram kerana Bella langsung tidak menghargai kehadiran jejaka kacukan dan dia teringat sepupu berdarah Russian yang sangat obses dengan anak sulung keluarga itu .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now