• Chapter 34

953 51 17
                                    

           Seminggu berlalu , keadaan si gadis berambut perang sudah pun sihat dan doktor telah mengizinkannya untuk keluar dari wad .

Hari sabtu , Bella and the gang  mengambil udara bersih dengan bersiar-siar di sekitar Dataran Merdeka .

Bella senyum sejak memijakkan kaki pada padang luas sambil berjalan beriringan dengan jejaka kacukan .

"Kau nampak happy" tegur suara garau sebelahnya .

"Mestilah saya happy . Bosan tahu duduk dalam wad tenung siling putih tu hari-hari ? Boleh gila !" Bella membuat gaya tangan seperti orang gila dan menjelir lidah .

Airiel tersenyum sedikit dengan kelakuan anehnya .

"Bagus la tu . Lepas keluar wad nanti boleh hantar kau pergi tanjung rambutan terus" usik Airiel dengan nada jahat membuatkan Bella terus mencubit pinggangnya .

"Aku rasa menyesal sebab tak tolak kau hari tu" Airiel menghalang Bella yang mahu mencubitnya seperti ketam . Jika tahu beginilah perangai gadis itu mungkin dia sudah tolak dari bangunan atas hospital .

"Nyenye , macam la saya kisah sangat" ujar Bella dan melangkah laju meninggalkan Airiel .

Airiel tidak membalas malah mempercepatkan langkahnya sehingga seiring dengan Bella .

"Awak tak kerja ?" soal Bella hairan . Sudah masuk seminggu dan jejaka itu masih lagi melekat dengannya setiap hari .

"Aku ambil cuti . Nak tenangkan fikiran" tipu Airiel . Hakikatnya dia ingin menemani 'buah hati' yang dikata oleh Doris .

"Oh"

Suasana sepi seketika .

"Awak nampak santai" ujar Bella sambil memerhati Airiel yang hanya mengenakan singlet  hitam bersama rantai leher silver seperti besi , seluar jeans panjang dan tidak dilupakan juga kaca mata hitam yang selalu melekat dengannya .

Hurm , simple pun hensem .

"Well , aku tak gila macam adik aku yang pergi mana-mana pakai hoodie" ujar Airiel sambil memandang sekeliling .

Dia teringat Risley yang selalu melekat dengan hoodie hitam seolah itu nyawanya .

Tambahan pula cuaca Malaysia dengan negara barat yang mempunyai empat musim sememangnya panas yang berbeza . Airiel pula lebih suka berpakaian santai kerana di sini tidak ramai yang mengenalinya . Berbeza dengan London yang penuh dengan kamera , wartawan serta paparazi .

"Tapi awak nampak pelik" Bella mengecilkan mata melihat tubuh berotot Airiel yang terdedah .

"Apa yang pelik ?" soal Airiel hairan . Dia pula yang menundukkan wajah melihat pakaiannya .

"Entah , tapi awak nampak sama macam gengster yang sesat" Bella terus melepaskan ketawa mengekek .

Can't imagine ? Airiel Zachary yang selalu berpakaian formal and smart dengan kemas tiba-tiba memakai pakaian simple .

Dahi Airiel terus berkerut memikirkan apa masalah gadis ini .

"Kau memang nak masuk tanjung rambutan" Airiel menggeletek tubuh yang mengetawakannya itu tanpa menghiraukan pandangan dari netizen-netizen yang turut memandang mereka .

"Dah Airiel , stop-stop !" Bella sedaya upaya manolak tangan jejaka kacukan yang membuatnya berasa geli .

"Dasar ! Hormat sikit orang single !"

"Oh , mata suciku !"

"Aku tak nampak apa-apa"

Tindakan dua manusia yang tidak ubah seperti kanak-kanak terus terhenti .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now