• Chapter 1

2.1K 77 4
                                    

"Ya , kau ganti dulu tempat aku ...... haa.... yaya ok.... byee...."

*Panggilan dimatikan*

Keluhan dilepaskan perlahan . Telefon yang berada dalam cengkaman terus dibaling ke atas sofa . Dia melangkah ke tingkap lalu memandang luar . Kelihatan kenderaan lalu-lalang tanpa henti sepanjang lebuhraya Kuala Lumpur .

Rambutnya yang berwarna hitam disikat menggunakan tangan . Fikirannya kini serabut dengan pelbagai masalah yang dia sendiri tidak tahu ingin mula atau menamatkan bagaimana .

Pintu dikuak dari luar . Seorang jururawat tinggi lampai persis model melangkah masuk ke dalam bilik wad VVIP . Jururawat itu menegur ramah jejaka kacukan yang tidak perasan akan kehadirannya .

"Mr Zachary "

Jejaka kacukan terus mengalih pandangan ke arah jururawat yang memakai baju serba putih itu . Belum lagi jururawat itu menyambung ayatnya , jejaka kacukan memotong terlebih dahulu .

"Airiel ... It's Airiel " ujar Airiel selamba .

"Uhh..sorry Mr Airiel " ujar jururawat itu lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda maaf .

Airiel hanya mengangguk sedikit lalu berjalan ke arah katil pesakit . Dia memandang gadis yang terbaring di atas katil dengan wayar yang menjalar hampir pada setiap tubuhnya .

Jururawat itu mulai bicara .

"Mr Airiel , I'm going to change and wipe patient body .... you could stay outside for a while if you don't mind" ujar jururawat yang sememangnya fasih dalam bahasa English dalam senafas .

Airiel mengangguk kepala tanda memahami lalu melangkah keluar dari bilik wad memberi ruang kepada jururawat itu melakukan tugasnya .

Dia melangkah ke dalam kotak lif lalu menekan punat 'G' . Dalam beberapa saat , pintu lif terbuka luas . Airiel terus melangkah ke arah kafeteria hospital .

Dia berhenti melangkah sambil mencari kelibat seorang manusia . Airiel mengatur langkahnya semula apabila menjumpai seseorang yang amat dikenalinya berada di meja makan .

Airiel mengambil tempat duduk di hadapan jejaka yang sedang menghadap laptop berlogo apple . Tangannya menekan-nekan keyboard pada laptop .

Jejaka yang memakai braces memandang Airiel yang baru muncul entah datang dari mana itu duduk dihadapannya .

"Kau tak nak makan ?" soal Freddy sambil memandang muka Airiel yang jelas menyatakan jejaka tersebut serabut dengan masalah .

"Tak ada selera aku" Airiel meraup wajahnya kasar lalu memandang sekeliling . Terdapat beberapa orang manusia sedang menjamu selera . Berbeza dengannya yang langsung tiada selera . Pandang pun dah kenyang .

"I see...... how about that girl ? Dia dah sedar belum ?" soal Freddy teringat gadis malang yang terlibat dalam kemalangan 3 hari lepas .

Semasa mereka tiba di hospital tempoh hari , gadis itu sememangnya nyawa-nyawa ikan . Doktor pun tidak jamin bahawa gadis itu mampu bertahan atau tidak .

But yeahh...... siapa sangka gadis itu masih bernafas sehingga sekarang ? Cuma dia dalam keadaan koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan .

"Better... tapi dia belum sedar" ujar Airiel perlahan .

"Lamanya ... kerja kau pulak macam mana ?" soal Freddy sambil menongkat dagu .

Tidak boleh dia membayangkan pejabat Airiel pasti sudah dipenuhi dengan file . Sehari pun sudah banyak , bagaimana kalau seminggu ? Sebulan ? Setahun ? Freddy memicit dahi .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now